KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang berdepan pertuduhan rasuah, bagi mendapatkan pelepasan sementara pasportnya untuk ke Arab Saudi bagi urusan rasmi.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Teh See Khoon, ketika dihubungi pemberita hari ini.
"Semalam, mahkamah (Hakim Rozina Ayob) membenarkan pelepasan pasport Bung Moktar bermula 10 hingga 22 Nov ini dan beliau perlu mengembalikan pasport itu kepada mahkamah pada 22 Nov.
""Permohonan untuk mendapatkan pasport itu dibuat berikutan anak guam kami mempunyai urusan rasmi di Arab Saudi," katanya sambil menambah pendakwaan tidak membantah permohonan itu.
Beliau berkata, perbicaraan kes anak guamnya akan bersambung pada 26 Nov ini.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar, 62, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual iaitu Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Datin Seri Zizie Izette A. Samad di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual iaitu Norlaili Ahmad Mokhtar, 42, di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Datuk Seri Bung Moktar Radin yang berdepan pertuduhan rasuah mendapat pelepasan sementara pasportnya untuk ke Arab Saudi bagi urusan rasmi. - Gambar fail Astro AWANI
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas
Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Warisan dan UMNO Sabah dilihat tidak hadir pada sidang khas di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.
Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media
Dua kanopi disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu kepada pengamal media yang 'berkampung' di hadapan Istana Seri Kinabalu.
Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar
Penyerahan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilihat dapat merancangkan pembangunan tiga keperluan asas yang dituntut rakyat Sabah.
Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar
Bung Moktar menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).
PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar
Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di kilometer KM2.1 jalan utama menuju ke pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Siew, di sini, akan dimulakan bulan depan.
'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.
Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar
Ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan.
Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi
Saksi itu berkat, dia memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah.