awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bungkusan meletup: Muhyiddin ucap takziah, gesa polis siasat segera dalang

Bernama
Bernama
11/08/2013
12:02 MYT
Bungkusan meletup: Muhyiddin ucap takziah, gesa polis siasat segera dalang
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang maut apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) meletup di Tumpat, Kelantan, hari ini.
Muhyiddin berkata beliau amat sedih dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri.
"Kepada keluarga Allahyarham, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap dapatlah bersabar dan redha dengan dugaan Allah ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Muhyiddin menggesa polis menjalankan siasatan dengan segera untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng sebelum ini berkata kejadian berlaku pada 11 pagi ketika Mohd Yusrizal cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya yang berada di halaman rumah mentuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat.
Menurutnya, letupan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Mohd Yusrizal dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan bayi perempuan berusia empat bulan.
Topic Berkaitan
#bungkusan
#kerani
#letupan
#polis
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan