awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2021
05:54 MYT
Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan dalam pertuduhan membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka.
Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz ke atas Anuar Yusof, 55 tahun, serta isterinya Murni Ahmad, 40 tahun, yang juga ibu tiri mangsa selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Beliau bagaimanapun melepaskan dan membebaskan dua anak mereka, Siti Sarah Anuar, 26, dan adiknya Amir Sharif Anuar, 19, daripada pertuduhan sama.
Mengikut pertuduhan, empat beranak itu didakwa telah membunuh seorang remaja perempuan yang bernama Siti Hajar Anuar yang berusia 22 tahun ketika kejadian.
Kesalahan itu dilakukan pada 26 April 2016 kira-kira jam 10.45 malam di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Kemaman.
Dera Anak | suami isteri hukuman gantung sampai mati
Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.
Sebelum ini, media melaporkan punca kematian seorang gadis yang memiliki berat badan cuma 18 kilogram terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya.
Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana jangkitan kuman selain sebahagian besar tubuhnya mempunyai kesan gigitan manusia.
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#bunuh anak
#suami isteri
#gadis dibunuh
#Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
#jenayah
#tali gantung
#Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan