awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh gadis: Ejen insurans dihadapkan ke mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2016
13:24 MYT
Bunuh gadis: Ejen insurans dihadapkan ke mahkamah
Tertuduh, Faiz Mohd Fazli (tengah), didakwa membunuh Nurul Syahirah Ishak di sebuah rumah di Taman Gemilang, Jitra pada pukul 1:30 petang, 31 Mac 2016. - Foto Astro AWANI
Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang gadis berusia 21 tahun, bulan lalu.
Tertuduh, Faiz Mohd Fazli, 42, didakwa membunuh Nurul Syahirah Ishak di sebuah rumah di Taman Gemilang, Jitra pada pukul 1.30 petang, 31 Mac 2016.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Savinder Singh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 Mei depan sebagai sebutan semula kes.
Dalam kejadian pada 30 Mac lalu, mangsa yang berusia 21 tahun itu ditemui dengan pelbagai kesan lebam pada muka dan bahagian badan.
Polis forensik sedang meneliti barang-barang di tempat kejadian di mana jenayah tersebut berlaku.
Polis forensik sedang meneliti barang-barang di tempat kejadian di mana jenayah tersebut berlaku.
Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Tertuduh dan isterinya yang juga seorang doktor, ditahan di rumah berkenaan pada hari sama bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#ejen insurans
#Faiz Mohd Fazli
#Jitra
#Mahkamah Majistret
#Nurul Syahirah Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan