MALAYSIA
Bunuh kejam tiga beranak: Lori suspek ditemui

Pihak polis sehingga kini masih mengesan suspek yang berasal dari Tumpat itu dan tidak menolak kemungkinan suspek sudah berada di negara jiran. - Foto Astro AWANI
Polis telah menemui sebuah lori berwarna putih yang dilarikan suspek kes pembunuhan tiga beranak pada Rabu lalu.
Lori terbabit ditemui di kawasan berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi berkata, kenderaan tersebut dijumpai dalam keadaan berkunci.
Ia ditemui oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu semasa melakukan rondaan di kawasan itu sekitar pukul 8.30 malam tadi.
Bagaimanapun katanya, suspek tidak berada di dalam lori tersebut.
Lori kemudian dibawa ke IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa untuk pemeriksaan forensik.
Manakala seorang lagi anak mangsa, Kha Zee Hanz, 13, terbunuh dipercayai akibat hentakan kuat di kepala dengan tukul oleh seorang suspek lelaki yang bekerja sebagai pemandu van dengan pasangan itu.
Pihak polis sehingga kini masih mengesan suspek yang berasal dari Tumpat itu dan tidak menolak kemungkinan suspek sudah berada di negara jiran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami