KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dalam dagangan jajaran kecil, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.89 mata kepada 1,583.48 daripada 1,581.59 semasa ditutup pada Isnin.

Ia dibuka tinggi 0.16 mata kepada 1,581.75 dan berada antara 1,580.14 dan 1,586.37 sepanjang hari.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 632 berbanding 439, manakala 425 kaunter tidak berubah, 731 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 4.75 bilion unit bernilai RM2.89 bilion daripada 4.42 bilion unit bernilai RM2.89 bilion pada Isnin.

Peniaga berkata Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki bursa serantau yang kebanyakannya meneruskan kenaikan semalam tetapi berada dalam jajaran kecil sepanjang sesi dagangan, mengambil petunjuk daripada laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) terkini yang rendah.

"Di bursa tempatan, aktiviti pengambilan untung dalam saham kewangan terus menjejaskan indeks barometer, bagaimanapun, indeks disokong oleh belian berterusan dalam saham Press Metal yang menyumbang 4.24 mata kepada indeks," katanya.

Pasaran Asia turut ditutup kebanyakannya tinggi hari ini berikutan pelabur menunggu keputusan daripada bank pusat di Eropah dan di tempat lain mengenai petunjuk berhubung rangsangan ekonomi dan langkah-langkah yang diambil untuk membendung pandemik COVID-19.

Indeks Straits Times Singapura naik 0.14 peratus kepada 3,105.44, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.73 peratus kepada 26,353.63, Nikkei 225 Jepun menambah 0.86 peratus kepada 29,916.14.89 manakala Kospi Korea Selatan berkurangan 0.50 peratus kepada 3,187.42.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot enam sen kepada RM8.27, Petronas Chemicals, IHH Healthcare dan CIMB, masing-masing susut lima sen kepada RM8.05, RM6.30 dan RM4.91.

Public Bank menambah satu sen kepada RM4.10 manakala Tenaga tidak berubah pada RM10.34.

Daripada saham aktif, KNM naik 2.5 sen kepada 31.5 sen, TFP Solutions meningkat setengah sen kepada 23.5 sen dan Avillion menambah satu sen kepada 14 sen.

Pegasus dan AE Multiholdings, masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 19.51 mata kepada 11,600.36, Indeks FBMT 100 meningkat 13.80 mata kepada 11,286.28 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 36.94 mata kepada 12,711.89.

FBM 70 naik 19.93 mata kepada 15,223.88 manakala FBM ACE meningkat 84.72 mata kepada 7,360.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 38.14 mata kepada 15,438.08, Indeks Perladangan berkurangan 4.45 mata kepada 6,621.26 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.17 mata kepada 201.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 3.28 bilion saham bernilai RM2.54 bilion daripada 2.87 bilion saham bernilai RM2.48 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 330.70 juta unit bernilai RM50 juta daripada 315.03 juta unit bernilai RM48.91 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 1.13 bilion saham bernilai RM296.22 juta daripada 1.24 bilion saham bernilai RM360.88 juta semalam.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 454.91 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.14 bilion), pembinaan (194.26 juta), teknologi (316.13 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (53.11 juta), hartanah (363.20 juta), perladangan (39.16 juta), REIT (8.25 juta), dana tertutup (38,500), tenaga (445.34 juta), penjagaan kesihatan (59.77 juta), telekomunikasi dan media (39.58 juta), pengangkutan dan logistik (147.16 juta) dan utiliti (16.44 juta). - BERNAMA