awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan maut kereta rempuh pokok - Polis

Bernama
Bernama
20/06/2024
12:08 MYT
Buruh binaan maut kereta rempuh pokok - Polis
Sik berkata kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan dan merempuh sebatang pokok manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar hiasan/ iStock Photo
KOTA BHARU: Seorang buruh tapak binaan berusia 20 tahun maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok di kilometer 69, Jalan Gua Musang-Aring, Felda Aring 6, Gua Musang, petang semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Izzat Dunya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira sedang dalam perjalanan dari Felda Aring 1 menghala ke Aring 8, Gua Musang.
Beliau berkata kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan dan merempuh sebatang pokok manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta memberi kerjasama membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Gua Musang di talian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 013-3010408," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hilang kawalan
#proton wira
#buruh tapak binaan
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan