awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh didakwa tikam hingga mati lelaki di restoran makanan segera

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
30/04/2023
05:17 MYT
Buruh didakwa tikam hingga mati lelaki di restoran makanan segera
Tertuduh, Saw Kim San dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas pagi ini. - Foto Astro AWANI
PASIR MAS: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Rantau Panjang pada 2017.
Tertuduh, Saw Kim San, 37, bagaimanapun hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan bunuh sehingga menyebabkan kematian Lee Boon Guan, 39.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran makanan segera di Rantau Panjang sekitar jam 5.58 petang pada 17 Ogos 2017.
Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Syafiq Aizat Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki maut ditikam di sebuah premis makanan segera di Gual Tinggi, Pasir Mas.
Mangsa dikatakan sedang menikmati makanan segera bersama seorang wanita berusia 30-an di tingkat satu premis berkenaan sebelum didatangi suspek yang terus menikam mangsa.
Mangsa yang cedera akibat tikaman di belakang dan dada meninggal dunia di lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#tuduhan bunuh
#Rantau Panjang
#restoran makanan segera
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan