awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh direman 7 hari bantu siasatan rogol ibu tunggal

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/04/2020
04:33 MYT
Buruh direman 7 hari bantu siasatan rogol ibu tunggal
Suspek ditahan pagi semalam ketika sedang tidur di sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi berlaku jenayah tersebut. - Gambar hiasan
Seorang buruh berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol ibu tunggal dan bunuh seorang lelaki dalam kejadian pagi Selasa.
Perintah reman terhadap remaja berkenaan dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Syazwan Ab Shukor di Mahkamah Masjistret Bachok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek ditahan pagi semalam ketika sedang tidur di sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi berlaku jenayah tersebut.
Suspek ditahan sekitar jam 10.30 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.
Sebelum itu, dalam kejadian jam 7 pagi Selasa, seorang lelaki berusia 28 tahun maut ditikam manakala dua lagi cedera termasuk ibu tunggal lima anak yang dipercayai dirogol oleh individu dikenali di Kampung Mujur, Jelawat di sini.
Topic Berkaitan
#bunuh
#buruh
#ibu tunggal
#IPD Bachok
#jenayah
#lelaki
#mahkamah
#polis
#rogol
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan