Seorang buruh maut selepas terhumban sejauh empat meter apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di sini malam tadi.

Kemalangan berlaku di Kilometer 99, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran bandar Paka, Dungun kira kira jam 10.15 malam.

Ahmad Syazwan Firdaus Che A.Razak, 20 tahun yang berasal dari Kampung Tanjong, Batu Rakit dekat Kuala Terengganu meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa yang bekerja di kawasan perindustrian Kerteh di sini dikatakan dalam perjalanan dari rumah sewanya di Kampung Santong dekat Dungun untuk membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z kemudiannya dirempuh kenderaan jenis Perodua Alza yang datang dari arah Kerteh.

Akibat rempuhan terbabit mangsa terhumban ke bahu jalan dan meninggal dunia.

Manakala pemandu Perodua Alza, Mohd Khairol Ikhwan Ali, 27, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sepupu mangsa, Mohd Zaki Aidihim Yahya, dia merasa terkilan kerana baharu sahaja berjumpa dengan mangsa.

buruh maut rempuh
“Dia pun suka, saya berkata air nangka ada satu tu, pilihlah dan dia pun cakap, kawan dia cakap tadi, dia sampai kat rumah dia, dia nak air nangka, dia nak air nangka. Macam tu je,” kata Mohd Zaki.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian terbabit.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat