awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Butir matan palsu: Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2023
15:25 MYT
Butir matan palsu: Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa ditahan SPRM
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu dipercayai ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sarawak petang Isnin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengawai penguat kuasa sebuah agensi dan seorang pengurus syarikat swasta kerana dipercayai menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja perkhidmatan dan pembaikan bangunan di sebuah daerah di Sarawak pada tahun 2019.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu dipercayai ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sarawak petang Isnin.
Katanya, suspek pertama yang juga seorang pengurus syarikat berusia 30-an ditahan kira-kira jam 3.30 petang di pejabat SPRM Cawangan Sibu manakala suspek kedua dan ketiga yang juga pegawai penguat kuasa ditahan di pejabat SPRM Kuching kira-kira jam 3.15 petang, tadi.
Menurutnya, pengurus syarikat itu dipercayai bersubahat dengan pegawai penguat kuasa itu untuk mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM20,000 sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, suspek pertama akan direman esok pada jam 9 pagi di Mahkamah Majistret Sibu manakala suspek kedua dan ketiga akan direman pada jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Tahan
#sprm sarawak
#butir matan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan