KUCHING: Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata secara peribadi, beliau percaya selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan satu daripada 13 negeri maka perkataan itu harus digugurkan.
"Memandangkan kita adalah sebuah wilayah maka adalah logik perkataan 'negeri' digugurkan. Jadi Dewan Undangan Negeri Sarawak sepatutnya dikenali sebagai Dewan Undangan Sarawak kerana kita bukanlah sebuah negeri.
"Saya serahkan perkara ini kepada eksekutif (untuk membuat keputusan)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pramajlis Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sempena persidangan Dewan Undangan Negeri minggu depan.
Beliau diminta mengulas hantaran di laman Facebook oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada 21 April lepas yang menyatakan bahawa pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini, venue itu dinamakan sebagai 'Dewan Undangan Sarawak' dan bukannya 'Dewan Undangan Negeri Sarawak.'
Dr Sim berkata perubahan itu adalah untuk mengiktiraf Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia dan bukan hanya sebuah negeri.
Mohamad Asfia juga berkata sekiranya perubahan itu berlaku, beliau mencadangkan semua Ahli Dewan dan Speaker dikenali sebagai Ahli Dewan Sarawak dan Speaker Dewan Sarawak selain menolak penggunaan perkataan 'wilayah' kerana ia akan menurunkan status Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata secara peribadi, beliau percaya selaras dengan MA63 yang mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan satu daripada 13 negeri maka perkataan itu harus digugurkan. - Gambar fail/BERNAMA
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.