KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, K. Letshanaa tidak akan mensia-siakan peluang seandainya dijadual berdepan pemain handalan dunia dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi mengukur tahap sebenar prestasinya.
Juara Cabaran Antarabangsa Uganda 2023 itu, bagaimanapun, menyedari ia bukan tugas mudah sekiranya diundi bertemu mereka seawal pusingan pertama sepanjang tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 berlangsung sehingga April ini.
Beliau berkata kejohanan Thailand Masters dari 31 Jan hingga 5 Feb ini merupakan medan pertama baginya mempamerkan keupayaan musim ini namun perlu melepasi peringkat kelayakan terlebih dahulu ketika menentang Ines Lucia Castillo Salazar dari Peru sekiranya berhasrat beraksi dalam undian utama.
"Sejak berlangsung kelayakan Olimpik, setiap kejohanan adalah sangat sukar dengan kehadiran kelompok 20 pemain terbaik dunia. Ia sangat sukar untuk mara ke suku akhir atau separuh akhir tetapi sya harap melakukan kejutan.
"Saya mahu mencabar pemain handalan and mengukur standard permainan dengan mereka," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Letshanaa turut mengakui rejim latihan diterapkan ketua jurulatih perseorangan wanita negara, K. Yogendran semenjak mengemudi pasukan pertengahan tahun lepas banyak memperbaiki strategi serta corak permainan ditampilkan ketika bertemu lawan mereka.
Justeru pemain ranking ke-60 dunia itu memasang impian besar untuk memperbaiki kedudukan dengan menempatkan diri dalam kelompok 40 terbaik dunia terutamanya apabila kini bebas daripada sebarang kecederaan.
"Saya boleh menyesuaikan diri dengan gaya bimbingannya (Yogendran) dan menyerap apa yang dia mahu daripada saya. Saya rasa ia menjadi lebih mudah berbanding tahun lepas kerana persefahaman antara kami agak baik.
"Saya juga teruja untuk memulakan tahun ini tanpa kecederaan. Saya mahu menikmatinya tanpa banyak tekanan kerana saya mahu memberikan yang terbaik terlebih dahulu dan melihat apa hasilnya," katanya.
Letshanaa sebelum ini pernah meninggalkan pasukan kebangsaan pada Februari 2022 susulan kecederaan belakang yang dialaminya sebelum kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Februari 2023.
Sementara itu, Yogendran memaklumkan pihaknya akan menghantar pemain perseorangan wanita menyertai sebanyak mungkin kejohanan tahun ini bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman baharu namun mengakui sedikit sukar apabila ranking anak buahnya tidak mencukupi dalam tempoh kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
"Saya ada empat pemain di bawah jagaan sekarang iaitu Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Nurshuhaini Azman dan seorang pemain junior. Saya boleh nampak tahap kualiti mereka meningkat tetapi untuk memastikan mereka sentiasa memperbaiki diri, mereka kena keluar bertanding dalam kejohanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Letshanaa menyedari ia bukan tugas mudah sekiranya diundi bertemu pemain handalan seawal pusingan pertama sepanjang tempoh kelayakan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Cabar handalan dunia jadi kayu ukur prestasi sebenar - Letshanaa
Letshanaa menyedari ia bukan tugas mudah sekiranya diundi bertemu pemain handalan seawal pusingan pertama sepanjang tempoh kelayakan.
Letshanaa tekad tunjuk taring sebenar di Piala Sudirman
K. Letshanaa sedang berusaha mempertingkatkan intensiti latihan bersama jurulatih perseorangan wanita negara James Chua.
Letshanaa sasar lebih banyak kejohanan untuk baiki kedudukan di ranking dunia
Pemain berusia 19 tahun itu berjaya membaiki ranking kepada kedudukan ke 257 daripada 520 dalam tempoh sebulan.