awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabut lari pakai seluar dalam

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2018
10:12 MYT
Cabut lari pakai seluar dalam
Kebakaran melibatkan melibatkan empat premis perniagaan dan satu pejabat pusat khidmat wakil rakyat di tingkat atas bangunan Majlis Daerah Baling. -Foto Sinar Harian
Tidak sempat mencapai baju dan seluar, seorang remaja lari terpaksa menyelamatkan dirinya dengan hanya memakai seluar dalam.
Muhammad Harith Afham Md Amin,16 tahun, sedang tidur ketika kedai milik keluarganya dan empat premis di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Kejadian pada sekitar jam 11.15 pagi itu melibatkan empat premis perniagaan dan satu pejabat pusat khidmat wakil rakyat di tingkat atas bangunan Majlis Daerah Baling.
Mangsa berkata dia terjaga daripada tidur selepas terbau asap.
Katanya, dia bergegas keluar dari kedai tanpa sempat menyelamatkan apa-apa barangan.
"Waktu terjaga asap dah mula penuhi ruang kedai, api tak nampak. Saya nampak kepulan asap datang dari bahagian belakang kedai.
"Saya tak sempat nak selamatkan apa-apa. Seluar pun tak sempat ambil, terus keluar dan nampak jiran menjerit-jerit minta telefon bomba, kain tuala pun saya minta daripadanya," katanya.
Menurutnya, dia hanya berseorangan ketika kejadian.
"Adik dan mak ayah keluar, saya seorang saja dalam kedai," katanya.
Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, tiga punca awal dikaitkan dengan kebakaran berkenaan.
"Jangkaan awal, kebakaran mungkin disebabkan peralatan eletrik, mungkin juga lintar pintas pada pendawaian dan aktiviti memasak," katanya.
Topic Berkaitan
#Harith Afham
#kebakaran
#lintar pintas
#Majlis Daerah Baling
#seluar dalam
#wakil rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan