awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabutan Simpan SSPN 2026 tawar hadiah hampir RM1.4 juta, tarik minat generasi muda menabung

Amzar Alif
Amzar Alif
30/01/2026
07:46 MYT
Cabutan Simpan SSPN 2026 tawar hadiah hampir RM1.4 juta, tarik minat generasi muda menabung
Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, menyempurnakan Majlis Pelancaran Cabutan Simpan SSPN 2026 di ibu negara pada Khamis. - Gambar PTPTN
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 sebagai usaha berterusan memperkukuh budaya menabung dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya bagi simpanan pendidikan jangka panjang.
Kempen yang berlangsung sepanjang tahun ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM1.4 juta, untuk dimenangi oleh 954 orang pemenang merangkumi pelbagai kategori cabutan, sekali gus menjadikannya antara inisiatif galakan menabung terbesar pernah dianjurkan PTPTN.
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, buat julung kalinya PTPTN memperkenalkan Cabutan Simpan SSPN Baru Slay! yang disasarkan kepada generasi muda berumur antara 16 hingga 29 tahun bagi menggalakkan penyertaan golongan tersebut dalam amalan menabung secara konsisten.
Inisiatif itu selari usaha meningkatkan literasi kewangan serta perancangan kewangan awal dalam kalangan belia.
Menurutnya, cabutan itu terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang membuka akaun baharu atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.
Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (kanan), bergambar bersama hadiah utama Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan jumlah keseluruhan hampir RM1.4 juta kepada para pendeposit. - Gambar PTPTN
Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (kanan), bergambar bersama hadiah utama Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan jumlah keseluruhan hampir RM1.4 juta kepada para pendeposit. - Gambar PTPTN
Pada majlis sama, PTPTN turut meraikan pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 bagi kategori Cabutan WOW! Tahunan dan Cabutan Siri WOW! Superheroes, yang menyaksikan hadiah utama berupa kenderaan mewah dan wang tunai disampaikan kepada pemenang.
Bagi pemenang kategori Platinum, Umi Kalsum Abd Razak, seorang pesara guru, detik menerima panggilan memaklumkan beliau memenangi hadiah utama merupakan pengalaman yang sukar dilupakan selepas bertahun-tahun menabung demi masa depan anak-anaknya.
“Bila diberitahu saya menang hadiah utama cabutan platinum Mercedes AMG 250 4Matic AMG Line, saya terus menangis kerana tak sangka rezeki itu datang,” katanya sambil berkongsi bahawa simpanan tersebut dimulakan ketika suaminya masih hidup sebagai persediaan untuk enam orang anak.
Beliau turut menggalakkan orang ramai agar menjadikan Simpan SSPN sebagai instrumen simpanan jangka panjang, bukan sahaja kerana peluang memenangi hadiah cabutan, tetapi juga manfaat lain yang ditawarkan.
“Menabunglah dengan Simpan SSPN kerana kita tidak rugi, malah apa yang saya peroleh hari ini juga mungkin boleh dimiliki oleh orang lain sekiranya konsisten menabung,” tambahnya.
Sementara itu, pemenang kategori Gold, Evita Ang Yen Yen, 28, yang bertugas sebagai pegawai alam sekitar, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hasil disiplin menyimpan secara konsisten sejak bergelar pelajar.
Beliau berkata, akaun Simpan SSPN dibuka ketika masih menuntut pengajian bagi tujuan pembiayaan pendidikan, sebelum mula menambah simpanan secara tetap selepas memasuki alam pekerjaan.
“Saya buka akaun Simpan SSPN masa belajar dulu untuk tujuan pinjaman PTPTN, kemudian selepas bekerja barulah saya mula menyimpan dengan lebih konsisten dalam Simpan SSPN,” jelasnya.
Evita berkata, beliau tidak menyangka simpanan itu akhirnya membawa pulangan melalui Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025.
“Pada mulanya saya menabung dalam Simpan SSPN untuk beli kereta, dan sekarang rezeki itu datang lebih awal apabila saya memenangi sebuah kereta,” katanya sambil mengakui kemenangan tersebut menjadi motivasi untuk terus menabung.
Beliau turut menekankan kelebihan Simpan SSPN sebagai instrumen simpanan yang praktikal, khususnya kepada golongan muda.
“Simpan SSPN juga menawarkan dividen yang kompetitif, sekitar 4.05 peratus tahun lalu, dan pada masa sama memberi pelepasan taksiran cukai pendapatan,” ujarnya.
Pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 kategori Platinum Pertama dan Platinum Kedua bergambar selepas menerima hadiah masing-masing pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan sempena pelancaran Cabutan Simpan SSPN 2026 di ibu negara pada Khamis. - Gambar PTPTN
Pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 kategori Platinum Pertama dan Platinum Kedua bergambar selepas menerima hadiah masing-masing pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan sempena pelancaran Cabutan Simpan SSPN 2026 di ibu negara pada Khamis. - Gambar PTPTN
Cabutan Simpan SSPN 2026 merangkumi 3 kategori cabutan termasuk Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026, Cabutan WOW! Plus Siri serta Cabutan Simpan SSPN Baru Slay!, dengan pelbagai hadiah menarik seperti kenderaan, wang tunai dan barangan elektronik.
Orang ramai digalakkan merebut peluang menyertai kempen berkenaan dengan membuka akaun atau menambah simpanan di Simpan SSPN dalam tempoh kempen yang ditetapkan.
Simpan SSPN merupakan produk simpanan PTPTN yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin Kerajaan dan patuh syariah.
Sempena Belanjawan 2025 juga, kerajaan telah bersetuju kriteria pemberian Geran Sepadan ke atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN Prime bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) diperluaskan kepada keluarga berpendapatan melebihi RM4,000 sehingga RM6,000 bagi tempoh dua (2) tahun di bawah Inisiatif Geran Padanan Ihsan (GAPAI).
Pendeposit yang layak kini boleh memohon geran sepadan sehingga RM5,000 untuk satu keluarga.
Maklumat lanjut berhubung Simpan SSPN dan Cabutan Simpan SSPN 2026 boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN.
Topic Berkaitan
#PTPTN
#Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026
#Datuk Seri Norliza Abdul Rahim
#Cabutan WOW Simpan SSPN 2025
#tabung pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan