awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan had tempoh PM, elak kesan 'tepu' - Ahmad Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/01/2026
03:45 MYT
Cadangan had tempoh PM, elak kesan 'tepu' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, cadangan itu bukan bersifat 'game changer', sebaliknya bertujuan memastikan amalan tadbir urus yang lebih sihat dan mengelakkan pemusatan kuasa dalam tempoh terlalu lama. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh mampu mengelakkan kesan 'ketepuan'.

Ringkasan AI
  • Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh bertujuan untuk memastikan amalan tadbir urus yang lebih sihat dan mengelakkan pemusatan kuasa dalam tempoh terlalu lama.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cadangan tersebut sebagai langkah penting bagi mengelakkan seseorang Perdana Menteri memegang jawatan terlalu lama sehingga menimbulkan kesan dalam pentadbiran.
  • Ahmad Zahid menyatakan bahawa cadangan tersebut dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet khas dan telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli Jemaah Menteri.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kata beliau, cadangan itu bukan bersifat 'game changer', sebaliknya bertujuan memastikan amalan tadbir urus yang lebih sihat dan mengelakkan pemusatan kuasa dalam tempoh terlalu lama.
"Ini bukan satu 'game changer', tetapi kita tidak mahu seseorang Perdana Menteri berkhidmat terlalu lama sehingga berlaku situasi ‘overstay' yang boleh menyebabkan kesan 'saturation' (ketepuan)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampailan Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, pada Selasa.
Ahmad Zahid berkata, perkara itu dicadangkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet khas dan dipersetujui sebulat suara semua ahli Jemaah Menteri.
"Semalam di dalam mesyuarat Kabinet khas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang menyarankan tempoh perkhidmatan mana-mana Perdana Menteri hendaklah tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal," katanya.
Menurut Ahmad Zahid lagi, persetujuan tersebut akan diterjemahkan melalui proses perundangan dengan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara kali ini.
Beliau menambah langkah itu penting bagi mengelakkan seseorang Perdana Menteri memegang jawatan terlalu lama sehingga menimbulkan kesan dalam pentadbiran.
Ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, pada Isnin, Anwar memaklumkan kerajaan akan membentangkan RUU bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh.
Perdana Menteri berkata, RUU itu ialah satu daripada langkah reformasi institusi dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan utama cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih daripada 10 tahun atau dua penggal penuh? A: Tujuan utama cadangan tersebut adalah untuk memastikan amalan tadbir urus yang lebih sihat dan mengelakkan pemusatan kuasa dalam tempoh terlalu lama.
  • Q: Siapakah yang mencetuskan cadangan tersebut dan siapakah yang telah memperakui keputusan tersebut? A: Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet khas, dan telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli Jemaah Menteri.
  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil selepas persetujuan cadangan tersebut? A: Persetujuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan diterjemahkan melalui proses perundangan dengan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan yang akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Topic Berkaitan
#had tempoh PM
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan