KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pelaksanaan cadangan pemansuhan tol di negara ini akan menyebabkan kerajaan membayar pampasan melebihi RM450 bilion kepada syarikat konsesi tol.
"Anggaran (kos) pada 2019 untuk menghapuskan tol kita perlu membayar (pampasan) kepada konsesi lebuh raya lebih RM400 bilion. Sekarang sudah 2023 ... tentunya lebih lagi, saya anggarkan kira-kira RM450 bilion.
" ... kita tahu belanjawan negara sekitar RM388 bilion setahun, kalau nak hapuskan tol dengan nilai RM450 bilion pada tempoh setahun itu kita tiada gaji yang boleh diberikan atau untuk kegunaan lain ... saya tak nampak tol boleh dihapuskan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Pada masa sama, Ahmad mendedahkan kerajaan membelanjakan kos RM20 juta sehari untuk bayaran kepada konsesi lebuh raya susulan pemberian tol percuma semasa sambutan perayaan.
Beliau turut memberi bayangan kemungkinan terdapat pengumuman pemberian tol percuma bersempena dengan sambutan Aidilfitri nanti.
Terdahulu ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU itu, Ahmad berkata pindaan melibatkan 16 fasal dalam Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 1980 itu bertujuan menambah baik fungsi dan bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam akta tubuhnya, selain memperkukuh peranan lembaga itu sebagai badan pengawal selia yang mantap, cekap dan efisien selaras dengan hasrat kerajaan.
Beliau berkata pindaan akta itu tidak akan memberi sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan mahupun kenaikan kadar tol yang dipersetujui dalam perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi.
RUU itu kemudiannya diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 12 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Sementara itu, RUU Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran, turut diluluskan Dewan Rakyat hari ini.
Pindaan kepada Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621) bertujuan menambah baik peruntukan dalam pemberian bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dengan negara lain.
Menurut RUU itu, Peguam Negara dalam hal keadaan tertentu boleh membuat suatu permintaan bagi bantuan dalam perkara jenayah secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan, seperti yang ditentukan oleh negara asing berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan)(Pindaan) 2023 pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.