awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
11/01/2025
11:15 MYT
Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperhalus cadangan menghentikan sepenuhnya penggunaan bahan berasaskan asbestos yang masih digunakan secara meluas di negara ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ini berikutan risiko dan kesan negatifnya terhadap kesihatan.
"Kita akan lihat dari segi bagaimana perkara ini dinilai atau diuruskan dalam bentuk perundangan dan dasar sedia ada, sekiranya ada jurang, mungkin perlu tambah baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku beliau berjudul 'Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond' di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Julai tahun lepas telah menyerahkan memorandum kepada kerajaan mendesak pengharaman sepenuhnya semua bentuk asbestos, mengulangi gesaan sama yang telah mereka suarakan melalui memorandum yang dikemukakan pada Mei 2001.
Asbestos adalah bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser paru-paru dan penggunaannya telah diharamkan di 69 negara termasuk Finland, Itali, Jerman, Australia, Jepun dan Thailand setakat Oktober 2022 oleh Sekretariat Pengharaman Asbestos Antarabangsa (IBAS).
Pada tahun 2006, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menyarankan semua negara di dunia mengharamkan penggunaan asbestos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asbestos
#penggunaan bahan
#risiko kesihatan
#alam sekitar
#Nik Nazmi Nik Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan