Pengisytiharan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Universiti DiRaja merupakan antara perkara yang dicadang dibentang dan dibahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2013.
Cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu mahukan UiTM dinaungi Majlis Raja-Raja bagi memastikan peranan universiti itu tidak lagi dipertikai mana-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).
Timbalan Presiden GPMS Ezaruddin Abd Rahman berkata apabila UiTM diletakkan di bawah satu bidang kuasa yang kukuh, usaha memperkasa Bumiputera dalam bidang pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
"Perkara ini perlu diberi perhatian kerana Umno sebagai parti tonggak orang Melayu perlu memenuhi amanat untuk meningkatkan tahap pendidikan bangsa Melayu," katanya.
GPMS merupakan antara NGO, golongan profesional dan pihak berkepentingan Melayu yang turut mengambil bahagian dalam memberi input berhubung usul yang akan dibahas anggota perwakilan UMNO pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok hingga 7 Dis.
Ezaruddin berkata GPMS turut mencadangkan supaya peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikembalikan dalam soal memberi bantuan kewangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), seperti sebelum wujudnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).
Selain itu, GPMS mahu kajian bebanan tugas guru dibuat kerana wujud dakwaan ramai guru tidak dapat memberi fokus untuk mengajar kerana dibelenggu tugas pentadbiran.
Mengulas tindakan UMNO yang julung kali membuka pintu kepada pihak luar untuk membincangkan usul perhimpunan agung parti itu, beliau berkata sikap inklusif itu membuktikan UMNO serius mendengar suara hati rakyat di peringkat akar umbi.
Sementara itu, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) mengusulkan supaya pelajar sekolah kebangsaan mendapat peluang untuk memilih antara aliran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Cambridge O-Levels, seperti yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata isu itu perlu dibentang dan dibahas di atas pentas UMNO bagi memastikan bangsa Melayu mencapai kesamarataan dalam pergerakan sosial serta mampu mendepani cabaran global.
Noor Azimah juga berharap perwakilan UMNO dapat membangkitkan semula isu menguasai bahasa Inggeris dalam subjek tertentu kerana bahasa itu memberi lebih jaminan dan kebaikan kepada anak-anak Melayu khususnya.
Usul-usul pendidikan pada perhimpunan agung UMNO itu dikendalikan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Perhimpunan tahunan itu kali ini bakal disertai 5,726 anggota perwakilan UMNO dari seluruh negara.
Bernama
Sun Dec 01 2013
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Proses libatkan pengampunan pesalah perlu dipatuhi - Fahmi
Sebarang proses melibatkan pengampunan terhadap pesalah perlu dipatuhi oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PAU 2024: Mood sudah positif, tetapi ‘self-criticism’ tidak boleh terhenti - Presiden UMNO
Ahmad Zahid berkata parti itu perlu terus muhasabah diri atau self-criticism, bagi memastikan ia kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
PAU 2024: 72 bahagian bawa usul minta UMNO terus perjuang keadilan, pengampunan penuh buat Najib
Daripada 171 usul diterima, 72 daripadanya menuntut keadilan dan pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini.
Puteri UMNO perlu berevolusi sesuai perubahan zaman - Nurul Amal
Anggota Puteri UMNO perlu terus aktif, berevolusi sesuai dengan perubahan zaman, pantas beradaptasi dan berfikir di luar lingkungan kebiasaan.
PENTalk jadi platform pimpinan UMNO kongsi kejayaan, idea - Azalina
Pencapaian kementerian dan negeri diterajui pemimpin UMNO menjadi antara inti pati pembentangan kepada Ketua Penerangan UMNO bahagian bagi membuka tirai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.
Belum ada petunjuk jelas orang Melayu kembali sokong UMNO - Mohamad
Beliau berkata, meskipun melakar kejayaan pada PRK Dewan Undangan Negeri Nenggiri, ia bukan tanda aras bagi pemulihan sepenuhnya UMNO.
Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat
Tok Mat berkata, Team Sukses UMNO harus dipacu dari satu sahaja pusat kawalan dan mesti disambut oleh semua di pelbagai negeri, bahagian.
Kejayaan kementerian, kerajaan negeri diterajui UMNO jadi 'pembuka tirai' Perhimpunan Agung UMNO 2024
Pencapaian kementerian dan negeri yang diterajui pemimpin UMNO dibentangkan kepada Ketua Penerangan UMNO bahagian sebagai 'pembuka tirai' Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang bermula hari ini.