KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memastikan kapasiti atau peruntukan jalur lebar teknologi generasi kelima (5G) yang dimilikinya adalah memadai bagi membolehkan negara ini berupaya menawarkan perkhidmatan berkelajuan tinggi, kata pakar sektor telekomunikasi.
Prinsipal firma perunding bebas Windsor Place Consulting Pty Ltd, Scott W Minehane berkata ini berikutan cadangan jalur lebar 5G Malaysia sebaliknya dilihat sebagai berkemungkinan masih tidak mencukupi.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti 700 megahertz (MHz), 3.5 gigahertz (GHz) dan 26/28 GHz sebagai peruntukan jalur spektrum rintis bagi pelaksanaan 5G di negara ini.
Minehane berkata Malaysia mempunyai peruntukan spektrum jalur lebar kira-kira 610 MHz manakala di Filipina, kalangan pengendali baharunya mempunyai 200 MHz lebih tinggi termasuk spektrum 5G lebih ketara.
"Bagi saya, terdapat peluang besar untuk bertindak melakukan beberapa pembahagian spektrum itu agar sekurang-kurangnya 700 MHz dapat digunakan dalam rangkaian 5G bagi meningkatkan perkhidmatan sedia ada," katanya pada Forum Lonjakan Digital Malaysia di sini pada Khamis.
Forum itu dianjurkan oleh pertubuhan bukan berkeuntungan Global System for Mobile Communications (GSMA) yang mewakili kepentingan pengendali mudah alih global.
Mengulas selanjutnya, Minehane juga percaya bahawa Malaysia sepertimana negara-negara lain di rantau ini, dijangka berdepan cabaran dalam melaksanakan lingkungan atau julat frekuensi C-band bagi 5G.
C-band merujuk kepada bahagian peruntukan spektrum elektromagnetik bagi tujuan transmisi satelit dalam julat frekuensi 4GHz hingga 8GHz.
Antena satelit digunakan bagi penghantaran frekuensi C-band di bahagian dunia yang isyaratnya terjejas akibat faktor hujan lebat atau isu lain berkaitan cuaca.
"Sehubungan itu, Malaysia perlu meneliti jalur lain dan diharapkan ianya mencukupi untuk menyokong 5G di negara ini sejajar dengan penawaran perkhidmatan berkelas dunia," katanya.
Minehane berkata pasaran lebih maju seperti Korea Selatan, Taiwan dan negara-negara di Timur Tengah juga masih dalam fasa awal pelaksanaan 5G.
Sementara itu, Rakan Sekutu firma perunding ekonomi DT Economics, Dr Lara Stoimenova pula menyarankan supaya Malaysia membangunkan rangka kerja kawal selia yang fleksibel membabitkan pelaksanaan spektrum 5G.
"MCMC perlu terus mengendalikan perundingan awam secara terperinci dengan semua pihak berkepentingan bagi mengenal pasti kebimbangan serta penyelesaian berkaitan pembangunan 5G," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Dasar GSMA bagi Asia Pasifik, Christiaan Segura berkata kalangan pengendali di Malaysia telah membuat pelaburan besar dalam aspek kesalinghubungan 5G.
"Sejak beberapa tahun lepas, pengendali terbabit telah melabur dalam aspek rangkaian, menjalankan ujian di lapangan, mewujudkan pusat-pusat inovasi dan menambah perbelanjaan modal masing-masing bagi menyokong penggunaan berkaitan di masa depan.
"Industri mudah alih juga komited untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi menggalakkan lagi usaha inovasi dan kesalinghubungan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021

Minehane berkata Malaysia mempunyai peruntukan spektrum jalur lebar kira-kira 610 MHz manakala di Filipina, kalangan pengendali baharunya mempunyai 200 MHz lebih tinggi termasuk spektrum 5G lebih ketara. -Gambar fail

China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing
China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan COVID-19.

Trump sifatkan pertuduhan sebagai campur tangan politik
Donald Trump menggambarkan pertuduhan terhadapnya sebagai penganiayaan dan campur tangan politik pada tahap tertinggi dalam sejarah. Ia selepas Trump menjadi bekas Presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat.

Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas dan dibebaskan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Emilia Hanafi, lapan tahun lalu. Majistret Nadia Othman membuat keputusan itu selepas emilia mengesahkan tindakannya untuk menarik balik kes terhadap ahli perniagaan itu.

Masa untuk bawa masuk pelaburan ke Malaysia - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli perniagaan Malaysia di luar negara untuk memudahkan lebih banyak pelaburan kembali ke dalam negara. Perdana Menteri berkata, tumpuan utama adalah untuk membina semula negara menerusi pelaburan domestik dan asing.

KKM cadang jawatan tetap libatkan semua skim kakitangan
Cadangan untuk menyerap petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap menerusi kaedah caruman KWSP akan turut melibatkan petugas sektor farmasi dan pergigian selain jururawat dan fisioterapi, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Bekas Ketua Polis Perak diterima jadi Peguam
Bekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Prosiding penerimaan masuk Mior Faridalathrash, 61 tahun, yang berkhidmat 40 tahun sehingga bersara dalam Polis Diraja Malaysia itu, disempurnakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed pada Jumaat.

Jepun umum kawalan eksport peralatan cip
Jepun akan mengenakan kawalan eksport ke atas peralatan pembuatan cip dan setiap produk yang dijual kepada China memerlukan kelulusan menteri.

JDT terus gah di persada liga
Arif Aiman membuka jaringan pada minit ke-20 apabila bijak menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Sabah.

19,985 premis dan bazar Ramadan telah dipantau
Sebanyak 19 ribu 985 premis dan bazar Ramadan di seluruh negara telah dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN setakat ini. Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, daripada jumlah itu, sebanyak 316 aduan diterima berkenaan harga.

KPDN lancar jualan Rahmah Wilayah KL
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) hari ini melancarkan Program Jualan Rahmah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, inisiatif itu melibatkan 15 rakan strategik daripada pengusaha pasaraya di ibu negara melibatkan 11 Parlimen.

Pencapaian JENDELA memberangsangkan setakat suku keempat 2022 - Fahmi
Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan Internet yang stabil merekodkan pencapaian memberangsangkan.

Harga internet lebih murah dengan peluasan liputan rangkaian 5G
Langkah peluasan liputan rangkaian 5G yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 mampu menurunkan lagi harga Internet yang ditawarkan kepada pengguna ketika ini.

4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan - Nie Ching
Sebanyak 4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh negara setakat 28 Februari lalu.

MDEC meterai MoU dengan GSMA tingkat pembangunan penggunaan 5G
GSMA komited untuk berkongsi kes penggunaan sebenar daripada rangkaian luas mereka di samping mempromosikan pelaburan bersandarkan 5G ke Malaysia.

55 stesen pangkalan 5G di Parlimen Setiawangsa
Kawasan Parlimen itu juga mempunyai tiga PEDi iaitu di PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Seri Semarak dan PA Desa Rejang.

80 peratus liputan 5G akhir 2023, pelan internet lebih murah untuk semua - Fahmi
Capaian rangkaian 5G meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk dan tawaran harga berpatutan kepada rakyat, merupakan dua matlamat utama kerajaan sebelum berakhir 2023.

SKMM komited realisasi hasrat kerajaan pacu ekonomi digital
SKMM komited dalam memperkasakan kesalinghubungan serta mengukuhkan ekosistem digital dalam memacu ekonomi digital negara.

Belanjawan 2023: KKD adakan sesi libat urus bersama DNB, syarikat telekomunikasi esok - Fahmi
Fahmi berkata antara perkara yang akan dibincangkan adalah supaya DNB diurus dengan lebih telus dan terbuka.

Rakan dialog ASEAN berminat sokong pelancaran 5G Malaysia
Ramai rakan dialog ASEAN berminat untuk menyokong pelancaran teknologi 5G di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.

Malaysia berhasrat teroka teknologi generasi baharu dengan AS
Bercakap mengenai rancangan Malaysia berkaitan ekonomi digital, Mohammad menggalakkan lebih banyak kerjasama antara kedua-dua negara.