AYER KEROH: Cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ayer Keroh dibatalkan selepas mengambil kira jangkitan membabitkan warga asing lebih tinggi berbanding jumlah penduduk tempatan di kawasan berkenaan.
Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia juga diputuskan selepas meneliti kesan pelaksanaan tersebut terhadap 15,000 penduduk di empat taman perumahan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, memandangkan jangkitan membabitkan pekerja asing adalah lebih tinggi, kerajaan negeri mencapai keputusan untuk hanya melaksanakan PKPD secara pentadbiran di 400 rumah pekerja warga asing serta kawasan kilang yang terdapat kes positif COVID-19.
“Kita ambil pendekatan untuk membatalkan bukan sebab tular sahaja, itu adalah kerana kawasan itu agak besar melibatkan 15,000 orang.
“Kes tempatan tidak banyak, yang banyak kes dalam kalangan pekerja asing. Maka sebab itu kita buat pendekatan lain. Kita buat PKPD secara pentadbiran di kilang-kilang,” katanya.
Sebelum ini kerajaan negeri Melaka membuat laporan polis susulan penyebaran maklumat sulit berhubung perancangan pelaksanaan PKPD di Ayer Keroh.
Mengulas lanjut ujarnya, tiga kaedah dilakukan sepanjang pelaksanaan PKPD pentadbiran iaitu dengan mengawal pergerakan pekerja asing dan melaksanakan saringan COVID-19 kepada keseluruhan 10,000 pekerja di kawasan perindustrian berkenaan.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempercepatkan proses vaksinasi dalam tempoh terdekat kepada semua pekerja kilang di kawasan itu.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Jul 10 2021
Rahmad berkata, memandangkan jangkitan membabitkan pekerja asing adalah lebih tinggi, kerajaan negeri mencapai keputusan untuk hanya melaksanakan PKPD secara pentadbiran di 400 rumah pekerja warga asing. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Cadangan PKPD Ayer Keroh dibatal kerana jangkitan warga asing lebih tinggi - Exco Melaka
Ia diputuskan selepas meneliti kesan pelaksanaan tersebut terhadap 15,000 penduduk di empat taman perumahan di kawasan berkenaan.