awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadbury pikat pengguna dengan iklan halal dalam akhbar tempatan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
05/06/2014
06:14 MYT
Cadbury pikat pengguna dengan iklan halal dalam akhbar tempatan
Cadbury beli iklan di akhbar utama Malaysia
“Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami”
Begitulah mesej yang disampaikan oleh pengeluar coklat Cadbury Malaysia yang terpampang di dada akhbar-akhbar utama Malaysia dalam usaha mereka menawan kembali hati pelanggan.
Mungkin ini cara terbaik untuk mengembalikan semula keyakinan penggemar coklat Cadbury terutamanya yang beragama Islam terhadap produk keluaran mereka.
Cadbury dalam iklannya berkata pengguna di Malaysia telah mempercayai mereka selama 40 tahun dan boleh terus melakukannya.
Selain itu, dalam iklan itu juga Cadbury berkata, produk mereka yang dihasilkan dan dijual di Malaysia mendapat pengiktirafan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Coklat Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia telah mendapat pengiktirafan sijil halal. Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.
“Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan anda," pesanan Cadbury dalam iklan tersebut.
Pada 2 Jun, JAKIM telah menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bahawa tiada DNA babi seperti yang didakwa ke atas dua sampel produk terlibat iaitu:
i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2
ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1
JKM berkata pihaknya telah memberi keutamaan dalam pengujian sampel bagi dua produk coklat Cadbury yang menjadi isu nasional itu berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.
Sehubungan itu, Cadbury Malaysia turut melahirkan rasa lega dengan kenyataan dari JAKIM bahawa dua produk mereka itu dikesan tidak mengandungi DNA babi (porcine) seperti yang didakwa.
Topic Berkaitan
#cadbury
#Jabatan Kimia Malaysia (JKM)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan