awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Call of Duty: Warzone Mobile tidak lagi disokong Activision bermula hari ini

Amanz
Amanz
19/05/2025
11:50 MYT
Call of Duty: Warzone Mobile tidak lagi disokong Activision bermula hari ini
Activision telah menghentikan sokongan untuk Call of Duty: Warzone Mobile kurang setahun selepas pelancarannya kerana gagal mencapai sasaran prestasi berbanding versi konsol dan PC. -Amanz
TIDAK sampai setahun selepas dilancarkan di peranti mudah alih, aplikasi Call of Duty: Warzone Mobile tidak lagi boleh dimuat turun pemain baharu menerusi Google Play Store dan Apple App Store hari ini selepas sokongannya dihentikan oleh Activision.

Ringkasan AI
  • Activision telah menghentikan sokongan untuk Call of Duty: Warzone Mobile kurang setahun selepas pelancarannya kerana gagal mencapai sasaran prestasi berbanding versi konsol dan PC.
  • Aplikasi ini tidak lagi tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna baharu, tiada lagi kemas kini musim, dan pembelian dalam permainan telah dihentikan; hanya pengguna sedia ada masih boleh bermain buat sementara waktu.
  • Keputusan ini mengejutkan kerana sebelum ini Activision merancang menjadikan Warzone Mobile sebagai fokus utama, namun isu teknikal, mod permainan yang membosankan, dan kelebihan COD: Mobile dari segi keserasian peranti menyumbang kepada kegagalannya.

Tindakan menamatkan COD: Warzone Mobile diambil selepas permua gagal memenuhi sasaran yang diletakkan oleh Activision jika dibandingkan dengan versi konsol dan PC.
Pemain yang sudah pun memasang aplikasi akan dapat terus menikmati permua ini sehinggalah sokongan pelayar dihentikan pada satu tarikh yang belum diumumkan.
Hanya mereka yang pernah memuat turun Warzone Mobile boleh memuat turun permua selepas ini.
Pembelian Call of Duty Points dan Black Cell juga sudah dihentikan sejak semalam. Sementara itu tiada lagi kemas kini musim baharu akan diberikan.
Sebarang kredit dalam permainan perlu ditebus tetapi pemulangan semula wang tidak akan diberikan. Dengan kata lain Warzone Mobile kini menanti masa untuk dimatikan sahaja dalam tempoh masa terdekat.
Ini pastinya keputusan yang mengejutkan kerana dalam laporan kewangan Activision beberapa tahun yang lalu, mereka menyasarkan Warzone Mobile akan menjadi tumpuan utama dengan Call of Duty: Mobile akan ditamatkan secara berperingkat.
Sebagai peminat COD: Mobile saya boleh mengatakan isu permainan yang masih tidak diselesaikan sejak pelancaran, mod membosankan dan COD: Mobile yang lebih mesra peranti tidak berkuasa membuatkan saya tidak berminat dengan Warzone Mobile. -Amanz
Topic Berkaitan
#activision
#Call of Duty Warzone Mobile
#gagal mencapai sasaran prestasi
#COD Mobile
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan