Semua calon Barisan Nasional (BN) wajib mengisytiharkan harta masing-masing sebelum diberi 'lampu hijau' untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Selain itu, beliau berkata mana-mana ahli parti atau wakil rakyat yang berpalit dengan skandal dan kes rasuah tidak sama sekali akan dibenarkan bertanding atas tiket BN.
"Saya sendiri juga turut berbuat demikian (mengisytiharkan harta) sebelum saya menjadi wakil rakyat pada tahun 2004.
"Kami akan menyiasat jika ada calon yang dikaitkan dengan rasuah dan sekiranya bebas daripada dakwaan rasuah, kami akan membenarkan calon berkenaan bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival KL Xtravaganza dan pusingan kedua Kejohanan SuperMoto Malaysia *(MSMC) di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, di sini hari ini.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ,berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad kepada parti-parti politik untuk tidak meletakkan calon yang ada kes rasuah pada PRU-14.
Khamis lepas, Dzulkifli menegaskan adalah penting untuk parti-parti politik bukan sahaja memilih calon yang benar-benar bebas dari sebarang sabitan atau kes rasuah tetapi pada masa yang sama menghantar isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa mereka tidak berkompromi dengan rasuah.
Terdahulu, Tengku Adnan, dalam ucapan perasmiannya, berkata program dua hari KL Xtravaganza dan MSMC ternyata memberi ruang riadah kepada warga kota pada hujung minggu.
"Lebih 100 artis dan selebriti di bawah Persatuan Karyawan terlibat dalam konsert KL Xtravaganza pada malam ini dan penglibatan 50 pelumba dalam MSMC ini," katanya.
Katanya, kejohanan tempatan seperti MSMC ini turut akan mencungkil bakat penunggang muda berkualiti dalam kemahiran menunggang, etika dan keselamatan di atas trek dan jalan raya.
"Ia sekali gus menggalakkan golongan muda mengadakan sukan permotoran di platform yang disediakan dan mengelak risiko keselamatan dengan berlumba haram di jalanan," katanya,
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017
TENGKU ADNAN: Saya sendiri juga turut berbuat demikian (mengisytiharkan harta) sebelum saya menjadi wakil rakyat pada tahun 2004.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.