awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon SPM positif COVID-19, pelajar MRSM Lipis dikuarantin

Aira Abdul
Aira Abdul
20/01/2021
09:55 MYT
Calon SPM positif COVID-19, pelajar MRSM Lipis dikuarantin
Pemindahan pelajar terbabit dengan menaiki bas turut diiringi anggota polis bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.
LIPIS:Kumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki ditempatkan di asrama.
"Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif. Ia juga melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala (bilangannya) meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.
"Setakat pagi ini, terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif COVID-19 dan dihantar ke hospital," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Katanya, pemindahan pelajar terbabit dengan menaiki bas turut diiringi anggota polis bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.
"Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan di pusat kuarantin," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#MRSM Lipis
#pelajar positif
#calon SPM
#dikuarantin
#asrama
#MKN
#jabatan kesihatan
#Pengarah MKN
#Mohd Zairasyahli Shah Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan