Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dari sekolah yang terjejas akibat pencemaran kimia boleh mengambil keputusan mereka di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang selepas jam 10 pagi, esok.

Selain itu, Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan pada Rabu turut memaklumkan, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui mySMS 15888.

“Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10.00pagi, 14 Mac 2019 dan akan ditamatkan pada 6.00 petang 20 Mac 2019.

“Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) d ialamat sppat.moe.gov.my/semakan.

“LP prihatin denga nsituasi yang dihadapi oleh calon yang terjejas dengan bencana tersebut dan akan memastikan calon dapat menyemak keputusan SPM 2018 di tempat lain yang lebih selamat,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan media Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan.

Terdahulu, sebanyak 43 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang diarah tutup setakat jam 7 petang Rabu.

Ia susulan daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.