KUALA NERUS: Aktiviti candat sotong yang sangat popular di Terengganu akan diteruskan pada tahun ini, namun penganjurannya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata, beberapa gimik promosi akan diadakan untuk menarik kedatangan pelancong, terutama peminat aktiviti tersebut selepas Aidilfitri tidak lama lagi.
"Fokus utama kita sekarang ialah memilih kaedah sesuai agar kebenaran diberi kepada mereka yang mahu merentas negeri ke Terengganu. Mungkin kebenaran boleh diberi untuk mereka yang sudah lengkap mendapatkan dos vaksin, atau telah jalani ujian calitan dan disahkan sihat sebelum datang ke Terengganu.
"Ini akan dibincangkan secara terperinci bersama Majlis Keselamatan Negeri (MKN) ... apa SOP yang sesuai untuk memastikan pelancong luar boleh masuk ke Terengganu bagi menyertai aktiviti candat sotong," katanya kepada pemberita selepas hadir ke majlis moreh bersama media di sini malam tadi.
Kemeriahan aktiviti candat sotong di Terengganu akan bermula dari April hingga Julai setiap tahun, yang menyaksikan ratusan bot candat akan berada di perairan sekitar pulau-pulau peranginan di negeri itu.
Mengulas lanjut, Ariffin berkata dari segi pematuhan SOP untuk pengusaha bot pula, mereka bersedia mengurangkan jumlah peserta 50 peratus berbanding kapasiti yang ada.
"Mereka juga menyatakan kesediaan untuk mematuhi semua peraturan dan norma baharu yang perlu dititikberatkan, untuk memastikan aktiviti candat dapat berjalan lancar kerana ia juga adalah 'lubuk rezeki' untuk pengusaha bot," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata pertandingan pelita raya yang menjadi tradisi tahunan di Terengganu juga akan diteruskan, kali ini melibatkan pertandingan antara daerah di Kampung Budaya Terengganu.
BACA: Terengganu teruskan penganjuran Pelita Raya
"Pengumuman mengenai pertandingan itu akan dimaklumkan tidak lama lagi. Mereka yang berminat boleh membuat persediaan dari sekarang dengan binaan kreatif dan menarik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 03 2021
Kemeriahan aktiviti candat sotong di Terengganu akan bermula dari April hingga Julai setiap tahun. - Foto Twitter/Sharmsoul
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Candat sotong akan diteruskan dengan pematuhan SOP ketat - Exco Terengganu
Aktiviti candat sotong yang sangat popular di Terengganu akan diteruskan pada tahun ini.
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.