awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CanSino sedia keluarkan vaksin untuk pasaran swasta

Bernama
Bernama
09/11/2021
13:55 MYT
CanSino sedia keluarkan vaksin untuk pasaran swasta
Solbio sedang menunggu kelulusan bagi menjual vaksin Convidecia kepada pasaran swasta dan sebagai suntikan penggalak. - Gambar hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Subsidiari milik penuh Solution Group Bhd (SGB), Solution Biologics Sdn Bhd (Solbio) sedang menunggu kelulusan bagi menjual vaksin Convidecia kepada pasaran swasta dan sebagai suntikan penggalak.
Solbio adalah rakan pembuatan ASEAN bagi vaksin COVID-19 satu dos Convidecia milik CanSino Biologics Inc.
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan SGB Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata sebaik sahaja syarikat itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), SGB akan memperluaskan pengagihan vaksin ke pasaran swasta seperti hospital, klinik, sektor korporat dan perkilangan di Malaysia.
"Kami juga berharap untuk mendapatkan kelulusan daripada Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi membolehkan Convidecia digunakan sebagai penggalak pada November.
"Sebaik sahaja ia diluluskan, ia akan menjadi opsyen tambahan untuk mereka yang pada asalnya menerima dua dos vaksin yang tidak dapat diaktifkan memandangkan kajian Jiangsu mendapati bahawa Convidecia adalah selamat dan sangat berkesan sebagai penggalak," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Solbio telah mengemukakan data yang membuktikan keberkesanan vaksin Convidecia sebagai suntikan penggalak kepada NPRA, menunjukkan bahawa penggalak Convidecia dalam tempoh enam bulan selepas dos pertama akan menghasilkan peningkatan sekurang-kurangnya lapan kali dalam kadar antibodi.
Mohd Nazlee berkata kumpulan kerja teknikal daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengesyorkan penggunaan vaksin yang berbeza bagi meningkatkan keberkesanan vaksin seperti yang diamalkan oleh negara lain.
"Kami mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk membekalkan dos utama dan penggalak bagi memenuhi permintaan pasaran yang bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga rantau ASEAN," katanya.
Di bawah perjanjian dengan KKM, Solbio membekalkan 3.5 juta dos Convidecia. Sehingga kini, Solbio telah menyelesaikan penghantaran 2.6 juta dos vaksin COVID-19.
Sebanyak 300,000 dos akan tiba menjelang 12 Nov dan baki 600,000 dos lagi akan dihantar pada Disember nanti.
Dengan penamatan kontraknya dengan KKM, jualan sektor swasta dan sumbangan daripada segmen perniagaan lain, SGB menjangkakan perolehan kira-kira RM300 juta dengan margin keuntungan sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CanSino
#Solution Biologics Sdn Bhd
#vaksin
#Convidecia
#COVID-19
#suntikan penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan