awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
18/02/2025
14:00 MYT
Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Dr Zaliha ketika meninjau tapak pembangunan semula Carcosa Seri Negara sebagai sebahagian daripada Kuala Lumpur Creative and Cultural District (KLCCD). - Facebook Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam tahun ditutup, Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu selepas kerja-kerja pembangunan bangunan warisan negara itu siap menjelang Julai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai, selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) serta persiapan ASEAN-Malaysia 2025.
"Insya-Allah pembangunan semula Carcosa Seri Negara ini akan siap pada Julai tahun ini dan kami berusaha untuk buat satu program khas seperti majlis minum petang untuk memperkenalkan Heritage Malaysia kepada delegasi luar negara.
"Dengan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Khazanah Nasional menjadikan projek ini sebagai flagship (kemegahan) kedua dalam pemuliharaan warisan Kuala Lumpur," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam hantaran sama, Dr Zaliha turut memuat naik foto ketika meninjau tapak pembangunan semula Carcosa Seri Negara sebagai sebahagian daripada Kuala Lumpur Creative and Cultural District (KLCCD).
Beliau berkata fasa pertama projek ini melibatkan usaha memulihara bangunan itu sebagai muzium serta galeri seni manakala fasa kedua pula bakal menyaksikan pembangunan Hotel Lindungan-Eko yang menggabungkan hospitaliti bertaraf dunia dengan prinsip kelestarian alam.
"Kerajaan komited menjadikan Kuala Lumpur bukan sekadar bandar raya moden, tetapi kota dengan identiti yang kaya dengan sejarah dan budaya," katanya.
Bangunan bersejarah itu ditutup sejak 1 Jun 2019 selepas kerajaan Persekutuan mengambil alih premis itu daripada pihak ketiga.
Carcosa Seri Negara yang pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dibina Residen Jeneral British pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Sir Frank Swettenham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Carcosa Seri Negara
#bangunan warisan
#sejarah
#wajah baharu
#Zaliha Mustafa
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan