Kerajaan bersedia mengadakan pertemuan dengan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.
Menurut Zulkifli, banyak surat telah diterima meminta untuk diadakan pertemuan dan pihaknya bersedia untuk mengadakannya dalam masa terdekat.
“Isu transgender ini dan juga saya telah mengadakan lawatan ke program yang dikolaborasikan oleh pihak JAKIM, JAWI untuk sama-sama membuat dialog perbincangan dengan rakan-rakan kita, transgender sahabat-sahabat kita ini.
“Ia untuk memberi sebuah pemahaman berkenaan dengan isu yang mungkin mereka boleh lontarkan dan boleh bincangkan satu-persatu. Jadi usaha ke arah itu kita akan teruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Serahan Musa'adah COVID-19 di Marang pada Sabtu.
Sebelum ini Zulkifli memberi kebenaran kepada kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan itu sekiranya perlu.
Tindakan yang akan diambil itu tidak hanya melibatkan tangkapan semata-mata, sebaliknya yang lebih kepada pendekatan "tarbiah".
Nur Fazlizai Ali
Sat Jul 18 2020

Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu. - Gambar Facebook

Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam.

Mahkamah | Lelaki OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan, rogol anak tiri
Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya dua tahun lalu. Tertuduh yang berusia 27 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Sukan SEA | Malaysia atasi sasaran 36 emas
Kontinjen Sukan SEA tamatkan saingan di hanoi dengan mengumpul 39 pingat emas, mengatasi sasaran 36 sebelum ini. Dua pingat emas terakhir disumbangkan acara beregu campuran dan muay thai yang diraih pada Ahad.

Insiden Kepala Air | Polis kenal pasti mayat dua pendaki dihanyutkan arus
Identiti kedua-dua mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku di Simpang Pulai, Ipoh sudah dikenal pasti. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka adalah See Su Yen, 32 tahun, dan Ng Yee Chew, 46 tahun.

Komik pertama Batman dijual pada harga AS$1.74 juta
Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta.

Tanpa pekerja asing sektor perladangan sawit rugi RM28 bilion pada 2022 - MPC
Sektor perladangan sawit dianggarkan mencatat kerugian sebanyak RM28 bilion pada 2022 jika pekerja asing tidak dibawa masuk ke Malaysia dengan kadar segera.

"Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an" - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata
Anuar dan Ziana tidak pernah sangka tiket konsert mereka akan habis dijual dalam masa singkat.

Lebuh Raya Baharu | KKR teliti cadangan pihak swasta - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang dan seluruh Malaysia. Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, terdapat sebahagian cadangan telah diluluskan, manakala sebahagian lagi masih dalam proses.

Niaga AWANI: WEF 2022 | Belajar, cari solusi bersama peringkat global
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang kembali berlangsung secara fizikal bakal membuka tirai secara rasminya hari ini dan sudah tentu, banyak perkara menjadi fokus Malaysia belajar selain mengambil amalan terbaik untuk dilaksanakan di negara ini. Najib Aroff yang kini berada di kawasan pergunungan Alps ada perincian fokus Malaysia, bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.

Segerakan penubuhan jawatankuasa hak kanak-kanak di Mahkamah Syariah - Senator Fadhlina
Jawatankuasa hak kanak-kanak di Mahkamah Syariah penting bagi menyelesaikan beberapa isu melibatkan kanak-kanak.

PM berbuka puasa bersama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Seri Perdana.

Pindaan Perkara 10 Perlembagaan bolehkan Akta Antilompat Parti dibentang - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa adalah perlu untuk Pindaan Perkara 10 Perlembagaan dibentang di Dewan Rakyat esok bagi membolehkan Akta Antilompat Parti dibentang.

Sidang khas Parlimen mulai esok
Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok.

Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Kementerian Kewangan berkaitan Labuan
Tiga Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan diluluskan di Dewan Negara hari ini.

Tidak timbul isu penjualan MySejahtera kepada pihak swasta - Khairy
Keputusan Jemaah Menteri pada bulan November lalu adalah bertujuan untuk membolehkan pemilikan MySejahtera dipindahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Khairy jamin data MySejahtera terpelihara
Penggunaan dan pengurusan data MySejahtera adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dan piawaian antarabangsa.

Masih ada keperluan guna aplikasi MySejahtera - Khairy
Penggunaan aplikasi itu diteruskan walaupun selepas ini negara akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

Usul isu MySejahtera: Beri jaminan keselamatan data rakyat Malaysia - Senator Zahid
Ketika mengemukakan usul isu MySejahtera di Dewan Negara, Senator Muhammad Zahid Md Arip berkata keselamatan data merupakan perkara pokok dalam isu tersebut.

Usul isu MySejahtera dibahas di Dewan Negara petang ini - Rais Yatim
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 17(1) itu dikemukakan oleh Senator Muhammad Zahid Md Arip.