Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata satu catatan di laman Twitter yang tular kononnya Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan meletak jawatan, adalah palsu.

"Sebaran ini palsu," katanya dalam catatan di laman Twitter rasminya malam ini.

Catatan di laman Twitter menggunakan nama Anggota Parlimen Gombak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa berkenaan yang diragui kesahihannya.


Semalam Mohamed Azmin dalam satu twitter rasminya mencetuskan pelbagai tanda tanya di media sosial apabila mendakwa perletakan jawatan seorang menteri kanan.