awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cederakan anak majikan, pembantu rumah dipenjara lima tahun

Bernama
Bernama
11/08/2020
09:02 MYT
Cederakan anak majikan, pembantu rumah dipenjara lima tahun
Eli Limayati didakwa mendedahkan bayi itu sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. -Bernama
Seorang pembantu rumah warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan anak majikannya berumur 12 bulan pada 29 Julai lepas.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut memerintahkan Eli Limayati, 21, menjalani bon berkelakuan baik selama lima tahun, dengan seorang penjamin berserta cagaran RM40,000, selain melakukan aktiviti khidmat masyarakat selama 180 jam secara agregat, dalam tempoh enam bulan.
Mengikut pertuduhan, Eli Limayati didakwa mendedahkan bayi itu sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal iaitu melecur akibat air panas di Taman Klang Perdana, Kapar di sini, kira-kira pukul 6.30 petang.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama.
Eli Limayati kemudiannya merayu kepada mahkamah, supaya meringankan hukuman ke atasnya kerana dia perlu menanggung seorang anak dan ibu bapa yang sakit, di Indonesia.
Pada 29 Julai lepas, polis menahan seorang pembantu rumah kerana disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia setahun.
Siasatan mendapati mangsa melecur di belakang badan, punggung dan peha akibat terkena air panas, disyaki ketika sedang dimandikan oleh pembantu rumah berkenaan di bilik air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#air panas
#bayi
#dera
#Indonesia
#Kanak-kanak
#Klang
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#mangsa
#melecur
#pembantu rumah
#penjara
#polis
#rumah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan