Akibat berang dengan tindakan wanita yang ingin memutuskan hubungan dengannya, seorang bekas pegawai bank didenda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah sengaja mencederakan bekas tunangnya.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Naufal Mohd Akhir, 27, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap seorang eksekutif bank Nazliawati Che Hassan, 32, dengan menamparnya.
Dia melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium, di Setapak, Wangsa Maju di sini pada 11 malam, 16 Mac lepas.
Mengikut fakta kes, mangsa ingin memutuskan hubungan dengan tertuduh kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang suka memukul mangsa.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh yang diwakili peguam Suriati Arifin merayu dikenakan denda yang minimum atas alasan dia tidak berniat untuk mencederakan mangsa serta ini adalah kesalahannya yang pertama.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017

Mengikut fakta kes, mangsa ingin memutuskan hubungan dengan tertuduh kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang suka memukul mangsa. Gambar hiasan
Suruhanjaya Sekuriti sasar 35-40 IPO baharu pada tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan, Brunei
Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di tiga pasaran eksport iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei, baru-baru ini.

Pengawal peribadi ditahan menyamar polis untuk jumpa teman wanita
Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Menjelang kenyataan Malaysia PM, 9.30 malam ini
Menjelang Kenyataan Malaysia yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penampilan pertamanya sebagai pemimpin utama negara, ikuti kupasan bersama Penganalisis Dasar Politik, Ekonomi & Pengajian Antarabangsa, UUM, Dr. Md. Shukri Shuib.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Thaksin bakal kembali berperanan dalam kerajaan - PM Thailand
Perdana Menteri Thailand berkata pendahulunya, Thaksin Shinawatra akan berperanan dalam kerajaan selepas dibebaskan daripada penjara, yang dijangka berlaku pada Februari tahun depan.
PM Anwar sampaikan kenyataan negara jam 9.30 malam ini
Antara intipati yang akan disuarakan Malaysia ialah mengenai usaha negara dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030.
Penganggur mengaku salah rogol adik ipar berusia 11 tahun
Seorang penganggur berusia 22 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh Jumaat atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun 8 bulan minggu lepas.

Gara-gara didakwa tumbuk bekas tunang, IG Syafie Naswip diserang 'tentera bawang
Aktor Syafie Naswip menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram (IG) miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya, pelakon Aishah Azman.

Netizen kurang senang Remy Ishak kongsi gambar bekas tunang
Gambar dan kapsyen yang dimuat naik oleh Remy itu telah mengundang rasa kurang senang hati oleh segelintir netizen.

Doakan kebahagiaan Elfira Loy, Sufian Suhaimi mahu berhijrah ke Indonesia
Menurut Sufian, apa saja yang dilakukan oleh Elfira bukan lagi menjadi kepentingan buat dirinya.

Cederakan bekas tunang: Bekas pegawai bank didenda RM800
Mohd Naufal melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium, di Setapak, Wangsa Maju di sini pada 11 malam, 16 Mac lepas.

Adira akui rasa sayang pada bekas tunang masih ada
Penyanyi Adira mengakui walaupun dia redha dengan ketentuan Ilahi namun tidak menafikan rasa sayang terhadap bekas tunangnya, Shahrul Nasrun masih ada.