KUALA LUMPUR: Cef termuda, Danish Adham Nuqman Soon,19, menerima anugerah Malaysia Book of Records selepas berjaya merangkul 17 pingat dalam pertandingan Kejohanan Chef Sedunia 2019.
Walaupun ketika itu usianya baru sahaja 17 tahun, Danis Adham berjaya membuktikan minatnya yang mendalam dalam bidang kulinari sekali gus mengangkat dirinya sebagai pemenang Most Outstanding Hot Cooking Chef pada pertandingan yang berlangsung di Stadium Sultan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah dua tahun lepas.
Beliau yang ketika itu sedang menjalani kursus Seni Kulinari di Kolej Vokasional Langkawi, memenangi tujuh pingat emas, termasuk satu Emas Cemerlang, sembilan pingat perak dan satu gangsa melalui 17 kategori jenis masakan ditandingi.
Cef muda itu berkata, dia sebenarnya tidak menyangka dapat memenangi pingat dalam kesemua 17 kategori yang disertai, malah juri terkejut melihat dia berulang-alik ke pentas untuk menerima 17 pingat.
Danish Adham turut bersyukur dengan kejayaan yang cukup manis buat diri dan keluarganya itu memandangkan dia merupakan salah satu peserta termuda dalam kejohanan itu.
“Alhamdulillah tak sangka boleh menang sebab umur saya waktu itu baru saja 17 tahun. Pergi pun nak dapat pengalaman dan cuba target untuk dapat pingat emas, akhirnya ia menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan anugerah Malaysia Book of Records di Berjaya University College (Berjaya UC), di sini pada Ahad.
Ditanya mengenai rahsia kejayaannya itu, Danish Adham berkata, sejak kecil lagi dia minat memasak, malah bercita-cita untuk menjadi cef selebriti suatu hari nanti.
“Minat memasak itu datang secara semula jadi, ditambah pula saya suka membantu ibu di dapur. Jadi, bermula dari situlah timbul pelbagai idea untuk memasak sendiri,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Nurliza Adnan, 44, berkata, dia sendiri tidak menyangka anaknya mampu mencapai kejayaan yang begitu mengagumkan.
Katanya, mereka sekeluarga akan terus memberi sokongan kepada Danish Adham untuk terus menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang kulinari sehingga peringkat tertinggi.
"Danish sudah mula menunjukkan bakat dalam bidang masakan sejak usia lapan tahun. Dia juga bercita-cita mahu menjadi seorang cef, malah dia sendiri memilih untuk belajar di Kolej Vokasional Langkawi bagi mendalami bidang tersebut.
“Sekarang ini pun dia sedang mengikuti program Diploma Seni Kulinari di Berjaya UC,” kata Nurliza.
Selepas menamatkan pengajian di Kolej Vokasional Langkawi pada 2019, Danish Adham mengambil keputusan untuk meneruskan bidang kulinari di Berjaya UC pada Mei lalu.
Menurut Ketua Program Diploma Seni Kulinari di Berjaya UC, Nina Marlini Idris, hampir lima bulan Danish Adham melanjutkan pengajian di universiti berkenaan, malah berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang kulinari.
“Minatnya begitu mendalam dalam bidang ini. Ditambah pula dia sudah ada kemahiran asas di dapur. Jadi, sangat mudah untuk dia sendiri mengendalikan segala kerja-kerja di dapur ini.
“Kalau tengok pengalaman lepas, memang nampak dia boleh pergi jauh dan pensyarah di sini boleh gilap bakat Danish. Bukan sekadar belajar kemahiran asas sahaja,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 31 2021
Danish Adham (dua dari kiri) bersama keluarganya pada majlis penyerahan anugerah Malaysia Book of Records di Berjaya University College (Berjaya UC), di sini pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Cef termuda dianugerah Malaysia Book of Records
Dia sebenarnya tidak menyangka dapat memenangi pingat dalam kesemua 17 kategori yang disertai, malah juri terkejut melihat dia berulang-alik ke pentas untuk menerima 17 pingat.