Membina keupayaan dan kecelikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah penting untuk mengelak lebih ramai menjadi mangsa penipuan melibatkan pelaburan haram.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sejak Disember 2015, lebih 500,000 orang di negara ini telah menjadi mangsa penipuan melibatkan pelaburan haram serta sindiket yang menawarkan pulangan tinggi.
"Oleh itu, pendidikan pelabur memainkan peranan penting dalam memastikan perlindungan pelabur secukupnya dan sebagai langkah berjaga-jaga dalam usaha mencegah orang ramai daripada menjadi mangsa kepada skim berniat jahat ini," katanya ketika merasmikan Pameran Pelaburan Syariah 2017, di sini pada Sabtu.
Bertema 'Jom Labur Syariah', acara dua hari itu dianjurkan Bursa Malaysia bagi mempromosi pelaburan dan dagangan dalam pasaran saham dan pelaburan patuh Syariah.
Johari juga melahirkan kebimbangan mengenai data Bank Negara Malaysia yang menunjukkan 72 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia prapersaraan 54 tahun, mempunyai simpanan hanya RM50,000 dan ke bawah.
Menurutnya, ini bermakna 50 peratus pesara akan membelanjakan keseluruhan simpanan KWSP mereka dalam tempoh lima tahun dan jika tidak dikawal, keadaan ini mempunyai kesan serius ke atas individu, keluarga dan tanggungan mereka, di samping kesan ke atas pembangunan sosial serta ekonomi Malaysia.
"Orang ramai perlu merebut peluang untuk meneroka, memperoleh pengetahuan dan belajar mengenai langkah bagaimana untuk mula melabur dan paling penting ke atas produk pelaburan pasaran modal patuh Syariah dan melabur di Bursa Malaysia-i," tambahnya.
Sementara itu, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham A Aziz berkata, walaupun terdapat perkembangan memberangsangkan dalam ekuiti patuh Syariah, masih terdapat jurang pengetahuan yang besar dalam kalangan orang ramai mengenai pelbagai peluang dan faedah yang ditawarkan produk terbabit.
Menurutnya, ramai rakyat Malaysia sudah pun terdedah kepada hutang dan pasaran ekuiti dengan menjadi pelabur pasif melalui pelaburan mereka dalam dana bersama atau unit amanah.
Bagaimanapun Bursa Malaysia merancang untuk memperkasa pelabur ke arah menjadi lebih aktif dalam keputusan pelaburan mereka, tambahnya.
Setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 677 daripada 902 syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia adalah patuh Syariah, menjadikanya 75.1 peratus daripada pasaran manakala permodalan pasaran Syariah menyumbang 62.8 peratus daripada keseluruhan permodalan pasaran yang berjumlah RM1.86 trilion.
"Ia bukan sahaja menunjukkan kekukuhan pasaran patuh Syariah di Malaysia, tetapi juga menunjukkan ia mendapat penerimaan yang semakin meluas.
"Kecairan saham Syariah juga telah menyaksikan pertumbuhan positif dengan purata nilai harian dagangan saham Syariah di bursa itu meningkat 23 peratus tahun ke tahun," tambah Amirsham.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2017
Johari mahu rakyat celik kewangan bagi elak ditipu sindiket pelaburan haram yang menawarkan pulangan tinggi. -Gambar fail/Bernama
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.