awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cemar Sungai Balak, kilang proses makanan diarah tutup

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
30/10/2020
03:46 MYT
Cemar Sungai Balak, kilang proses makanan diarah tutup
Tuan Ibrahim berkata tindakan itu diambil selepas siasatan pihak JAS Selangor berjaya mengesan kejadian berkenaan. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR:Sebuah kilang memproses makanan diarah tutup serta-merta selepas didapati melepaskan air berwarna putih dan berminyak ke dalam Sungai Balak berhampiran Kampung Baru Balakong, di sini.
Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan itu diambil selepas siasatan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor berjaya mengesan kejadian berkenaan.
"Aduan tular berhampiran Kampung Baru Balakong (mendapati) air sungai berwarna putih dan berminyak (telah) mengalir berterusan ke Sungai Balak.
"JAS Selangor membuat siasatan dan mendapati sebuah kilang memproses makanan melepaskan air warna putih menerusi saluran paip bawah tanah.
Aduan tular berhampiran Kg Baru Balakong. Air sungai warna putih & berminyak. Mengalir berterusan ke Sg Balak. JAS Selangor membuat siasatan & mendapati sebuah kilang memproses makanan melepaskan air warna putih menerusi saluran paip bawah tanah. Operasi kilang diarahkan berhenti pic.twitter.com/w9hK0aqkjc
— Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) October 30, 2020
"Operasi kilang diarahkan berhenti," katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter di sini pada Jumaat.
Rabu lalu, polis membuka kertas siasatan berhubung kes pencemaran air di alur sungai di Jalan KB 1/10, Kampung Baru Balakong, Kajang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata siasatan dijalankan susulan laporan dibuat pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor semalam berkaitan insiden pencemaran itu.
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#sungai balak
#pencemaran sungai
#BALAKONG
#menteri alam sekitar
#Jabatan Alam Sekitar Selangor
#kilang memproses makanan
#diarah tutup
#Fadzil Ahmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan