awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cemas, kepala kanak-kanak tersangkut kon lebih setengah jam

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
27/09/2022
08:13 MYT
Cemas, kepala kanak-kanak tersangkut kon lebih setengah jam
Rakan mangsa memaklumkan mangsa memasukkan kon terlalu kuat hingga tidak boleh ditanggalkan.- Foto JBPM Pontian
PONTIAN: Seorang kanak-kanak mencetuskan suasana cemas seketika apabila terpaksa menahan sakit lebih 30 minit susulan kepalanya tersangkut pada sebuah kon plastik di Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api di sini, tengah hari tadi.
Namun kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu bernasib baik kerana berjaya diselamatkan anggota bomba.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azman memaklumkan sebelum itu pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu jam 1.28 tengah hari tadi.
Katanya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi mendapati terdapat seorang kanak-kanak tersangkut kon di kepala.
"PKO bertindak memotong kon tersebut menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kepala mangsa dengan selamat.
"Difahamkan mangsa bersekolah pada sesi pagi, dan sewaktu kejadian mangsa hendak pulang sekolah dan sedang bermain dengan rakan-rakan.
"Rakan mangsa memaklumkan mangsa memasukkan kon terlalu kuat hingga tidak boleh ditanggalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#kepala tersangkut kon
#bomba Pontian
#Kanak-kanak
#SK Api-Api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan