awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cemuhan Azmin Ali sangat melampau - Khalid

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2015
13:05 MYT
Cemuhan Azmin Ali sangat melampau - Khalid
Khalid berkata, beliau sudah biasa dengan celaan yang dilemparkan kepadanya namun cemuhan kali ini disifatkan sangat melampau. -Gambar fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kesal dengan tindakan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali yang mencemuhnya dengan ungkapan 'barua UMNO.'
Khalid berkata, beliau sudah biasa dengan celaan yang dilemparkan kepadanya namun cemuhan kali ini disifatkan sangat melampau.
"Saya rasa anda semua pun tahu ini bukan pertama kali saya menerima cemuhan sebegini, tetapi kali ini pada saya agak melampau," kata Khalid.
Tambah Khalid, beliau difahamkan Persatuan Pegawai Kanan Polis telah membuat kenyataan agar permohonan maaf dibuat, dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan menteri besar Selangor yang didakwa mengeluarkan kenyataan dan bertanya kepada Khalid sama ada beliau "barua" UMNO dalam satu ceramah di Permatang Pauh.
Beliau berkata demikian kepada media pada majlis perjumpaan ketua polis Pulau Pinang bersama petugas PRK Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda Bukit Mertajam lewat petang Rabu.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#barua
#cemuhan
#ketua polis
#Khalid Abu Bakar
#KPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan