NATIONAL
CEO Kumpulan Encorp Berhad didakwa pecah amanah lebih RM1 juta

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM50,000 dan semua syarat tambahan yang dipohon serta menetapkan sebutan semula pada 7 Jan depan. -Gambar hiasan
SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encorp Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta, tahun lepas.
Ringkasan AI
- Hazurin Harun didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta, melibatkan pembayaran kepada syarikat LMC Mining Sdn Bhd untuk penghantaran mineral yang tidak sesuai dengan tujuan asal.
- Hazurin mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan ikat jamin RM50,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri ke pejabat SPRM dan menyerahkan pasport.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda. Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Januari depan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan pecah amanah berjumlah RM700,000 kepada syarikat sama menerusi pindahan dalam talian ke akaun bank syarikat itu bagi tempahan dari Pelabuhan Lumut, Perak ke Nantong, China dan sewaan kapal untuk menghantar pasir silika secara berperingkat dari tapak perlombongan sama, sedangkan ia adalah untuk pembayaran penghantaran silika kuarza.
Kedua-dua kesalahan dilakukan di cawangan sebuah bank di Dataran Sunway, Petaling Jaya.
Pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan selain syarat tambahan melaporkan diri ke pejabat SPRM serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam Aizul Rohan Anuar mewakili Hazurin tidak membantah permohonan itu.
Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin RM50,000 dan semua syarat tambahan yang dipohon serta menetapkan sebutan semula pada 7 Jan depan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami