awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cermin kereta dipecah, ADUN Sekinchan hilang RM20,000

Bernama
Bernama
01/02/2016
13:35 MYT
Cermin kereta dipecah, ADUN Sekinchan hilang RM20,000
Menurut Ng, wang tersebut sepatutnya digunakan sebagai bayaran bonus serta 'ang pow' bagi kakitangannya sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. - Gambar fail
Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa beliau kerugian RM20,000 selepas wang tunai yang diletak dalam keretanya hilang dalam kejadian cermin keretanya dipecahkan.
Ng, 45, yang merupakan anggota politik DAP berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi selepas beliau meletakkan keretanya di kawasan tempat letak kereta yang terletak di seberang jalan berhadapan sebuah bank di pekan lama Kuala Selangor.
"Setelah kembali semula ke kenderaan saya selepas 10 minit kemudian, saya terkejut apabila mendapati cermin bahagian hadapan kereta jenis Mazda CX5 saya dipecahkan.
"Saya kemudian mendapati sebuah sampul surat bersaiz A4 berisi wang tunai RM20,000 yang diletakkan dalam kereta tersebut dilarikan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata wang tersebut sepatutnya digunakan sebagai bayaran bonus serta 'ang pow' bagi kakitangannya sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti.
Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor mengesahkan menerima laporan daripada Ng berhubung kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#000 selepas wang tunai yang diletak dalam keretanya hilang
#Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan
#Mazda CX5
#Ng Suee Lim mendakwa beliau kerugian RM20
#Seksyen 379 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan