awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cermin mata pintar dengan kawalan suara akan ganti PC - CEO Intel

Amanz
Amanz
07/03/2024
04:20 MYT
Cermin mata pintar dengan kawalan suara akan ganti PC - CEO Intel
Gelsinger melihat PC digantikan oleh cermin mata pintar dan tidak lagi memerlukan papan kekunci fizikal. -Amanz
PADA acara HP Amplify 2024 yang berlangsung di Las Vegas hari ini, CEO Intel Patrick Gelsinger berkongsi ramalan beliau mengenai masa depan PC.
Dalam jawapan kepada soalan yang diajukan oleh CEO HP Enrique Lores mengenai masa depan PC, Gelsinger melihat PC digantikan oleh cermin mata pintar dan tidak lagi memerlukan papan kekunci fizikal.
Sejak berdekad lamanya PC hadir dalam bentuk desktop. Ini berubah dengan pengenalan piawaian WiFi serta cip Centrino yang memacu penggunaan komputer riba mudah alih.
Kini lebih 80% PC di pasaran ialah komputer riba.
Gelsinger percaya cermin mata pintar akan menggantikan paparan skrin komputer riba.
Tambah beliau lagi, kawalan menggunakan suara pula akan menggantikan keperluan untuk menaip pada papan kekunci seperti yang dilakukan sekarang.
Era manusia merubah untuk berinteraksi dengan peranti akan digantikan oleh era peranti pula yang berubah untuk digunakan oleh manusia.
Dengan teknologi AI pada PC dijangka akan bermula dengan pengenalan cip seperti Intel Core Ultra, kedua-dua CEO ini bersetuju ia adalah teknologi yang akan merubah landskap pasaran seperti perkomputeran awanan sedekad yang lalu.
HP akan melancarkan beberapa “AI PC” mereka di acara HP Amplify dan kami di Amanz akan melaporkannya sejurus selepas ia dilancarkan hari ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#HP Amplify 2024
#CEO Intel
#Patrick Gelsinger
#masa depan PC
#cermin mata pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan