awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara - JKR

Bernama
Bernama
02/02/2023
12:13 MYT
Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara - JKR
Pengguna disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persiaran Senawang 1 dan 2 untuk ke destinasi masing-masing. - Gambar/ Twitter Bernama
SEREMBAN: Jalan Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, di sini, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di kawasan berkenaan.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa, berkata sehubungan itu, pengguna disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persiaran Senawang 1 dan 2 untuk ke destinasi masing-masing.
"Kerja pembaikan cerun runtuh sedang dilaksanakan di tapak dan kita jangka mungkin dua ke tiga bulan lagi jalan itu boleh digunakan, penutupan sementara itu perlu demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna pada masa hadapan.
"Kawasan berkenaan sebelum ini memang ada rekahan awal dan kontraktor memang sedang buat kerja pembaikan namun disebabkan hujan hampir setiap hari, jadi rekahan makin aktif dan besar, pergerakan tanah berlaku dan tidak selamat untuk dilalui," katanya kepada Bernama, hari ini.
Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cerun runtuh
#jalan
#balai polis senawang
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan