Skip to main content

Malaysia

Lelaki, wanita ditahan bantu siasatan kes buang bayi di Skudai

81757501178_TBgari.jpg
Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lepas. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata, kedua-dua suspek warga tempatan masing-masing berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan di kawasan Taman Universiti kira-kira 2.15 pagi tadi oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Johor Bahru Utara.

Advertisement

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing yang dijalankan terhadap mereka didapati negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk permohonan reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang atau menyembunyikan bayi dengan niat untuk meninggalkannya, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Semalam, media melaporkan seorang bayi perempuan ditemukan masih hidup dalam keadaan berbalut tuala serta masih bertali pusat di kawasan tempat letak kereta sebuah masjid di lokasi berkenaan.

Radin Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.33 malam daripada seorang saksi yang terdengar tangisan bayi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video