KUALA LUMPUR: Malaysia seharusnya bertindak lebih tegas dengan menyekat akses internet kepada domain-domain yang dikaitkan dengan laman penstriman filem cetak rompak.
Penerbit filem, Gayathri Su Lin Pillay berkata, ekosistem yang diwujudkan oleh laman web penstriman cetak rompak memberi impak negatif kepada keseluruhan perniagaan yang terbabit dalam penghasilan dan pengedaran kandungan yang sah.
"Kita boleh menggunakan model yang digunakan Singapura sebelum ini yang mengeluarkan perintah sekatan ke atas 17 domain yang dikaitkan dengan laman penstriman filem cetak rompak di negara itu.
"Jika perkara yang sama digunakan di Malaysia, ia boleh membantu mengekang jenayah cetak rompak secara meluas," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Berkongsi pengalaman berdepan dengan cetak rompak ketika filem Hantu Kak Limah ditayangkan di pawagam, Gayathri berkata, kru produksi mendapati ramai yang memuat naik sedutan filem di aplikasi Instagram, Facebook dan plaftorm media sosial yang lain.
"Tapi ada seorang wanita yang memuat naikkan keseluruhan rakaman filem Hantu Kak Limah dalam Instagram dia. Kami sempat tangkap layar hantaran itu dan panjangkan kepada pihak berkuasa.
"Malangnya tiada sebarang tindakan susulan diambil sehingga kami sendiri menghubungi wanita itu dan memintanya memadamkan hantaran terbabit.
"Dalam proses itu, satu lagi pemilik akaun media sosial turut melakukan perkara yang sama dan hantaran itu dikongsi lebih 100,000 pemilik akaun. Jadi bayangkan kerugian kami? Mungkin dalam RM10 juta," katanya.
Gayathri berpendapat, isu cetak rompak sudah lama membelenggu industri kreatif tanah air.
Pun begitu tiada titik noktahnya.
Justeru, wanita berdarah kacukan India-Cina itu berharap hukuman setimpal dikenakan kepada mereka yang bertanggungjawab sebagai memberi sinar baharu kepada industri itu.
** Astro AWANI kini dalam usaha membantu industri seni tanah air membanteras cetak rompak menerusi kempen #NoToLanun. Berikan pandangan anda menggunakan tanda pagar #NoToLanun & #StopPiracyLah jika anda ingin bersama-sama membantu menyelamatkan industri seni tempatan.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 10 2021

Gayathri Su Lin Pillay berkata, ekosistem yang diwujudkan oleh laman web penstriman cetak rompak memberi impak negatif kepada perniagaan kreatif. - Gambar Faceboo/Gayathri Su Lin Pillay

10 Berita Pilihan - (26 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Jun 2022.

Polis rampas 9,208.81 gram dadah ,504 individu ditahan
PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.

Dadah | Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Pihak berkuasa Myanmar memusnahkan dadah bernilai lebih setengah bilion dolar di seluruh negara pada Ahad. Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, heroin dan methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar ketika menyambut Hari Dadah Antarabangsa pada 26 Jun.

Kapal Perang AS | Sammy B, kapal karam paling dalam di dunia pernah ditemukan
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang pernah bertempur dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia II ditemukan di dasar laut Filipina pada kedalaman hampir 7,000 meter. Ia sekali gus menjadikan aset yang dikenali sebagai Sammy B itu sebagai kapal karam yang paling dalam di dunia pernah ditemukan.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka cuba dapatkan minyak murah dari Rusia, Qatar
Sri Lanka yang berdepan krisis ekonomi teruk umum akan menghantar menterinya ke Rusia dan Qatar sebagai cubaan untuk dapatkan harga minyak murah, sehari selepas kehabisan bahan api di negara itu. Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera berkata dua menteri akan dihantar ke Rusia pada Isnin, untuk berbincang bagi mendapatkan lebih banyak bekalan minyak.

Azurin wira Malayan Tigress ikat Bangladesh
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.

Krisis Rusia-Ukraine | Selepas tawan Severodonetsk, Rusia sasar Kyiv
Sehari selepas Rusia mendakwa mengawal sepenuhnya bandar strategik Severodonetsk di Luhansk, serangan peluru berpandu mula menggegarkan bandar Kyiv pada Ahad. Wartawan AFP melaporkan, kompleks kediaman berhampiran pusat Kyiv telah diserang sehingga mengakibatkan kebakaran dan dipenuhi asap.

PRU15 | Tanding di Parlimen Sik hanya ura-ura - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas, DatuK Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Sik hanyalah ura-ura sahaja.

Industri Kreatif | Dana Pembangunan Modal Insan FINAS kembali
Perbadanan Filem Nasional (FINAS) akan membuka kembali Dana Pembangunan Modal Insan bagi tujuan memperkasa kemahiran penggiat industri filem di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim. Menurutnya, setakat ini kurang daripada 50 peratus daripada dana itu telah dilulus oleh jawatankuasa penilai dan FINAS menggalakkan persatuan serta syarikat berminat mengemukakan permohonan.

Cetak rompak: Apa kesudahannya?
Malaysia seharusnya bertindak lebih tegas dengan menyekat akses internet kepada domain-domain yang dikaitkan dengan laman penstriman filem cetak rompak.