awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat
Anggota pengaman PBB cedera akibat tembakan di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceupacs tidak mahu lantikan politik sebagai ketua perkhidmatan awam

Bernama
Bernama
08/03/2020
15:04 MYT
Ceupacs tidak mahu lantikan politik sebagai ketua perkhidmatan awam
Presiden Cuepacs, Adnan Mat mengulangi pendirian agar tiada lantikan pihak luar atau lantikan politik dalam mengetuai perkhidmatan teras seperti SPRM. - Gambar fail
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mengulangi pendirian agar tiada lantikan pihak luar atau lantikan politik dalam mengetuai perkhidmatan teras seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presidennya, Adnan Mat dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, ini bagi memastikan kelancaran sesuatu agensi sekiranya kerajaan berubah.
"Pihak berkenaan akan meletak jawatan apabila suatu kerajaan itu berubah. Ini boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan dan menimbulkan persepi kurang baik terhadap perkhidmatan kerajaan sedia ada. Penjawat awam hendaklah sentiasa terus kekal berkecuali," katanya.
Dalam pada itu, Adnan turut menyeru penjawat awam supaya memantapkan profesionalisme, meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan integriti dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
Pada masa kerajaan masih belum mewujudkan Kabinet, penjawat awam hendaklah meneruskan perkhidmatan seperti biasa dan tidak terpengaruh dengan situasi politik dalam negara, katanya.
"Apabila ia terus diperkukuhkan, sudah semestinya akan lahir anggota perkhidmatan awam yang cemerlang dan berwibawa seterusnya dapat merealisasikan penyampaian perkhidmatan yang mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#ketua perkhidmatan awam
#lantikan politik
#penjawat awam
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan