JOHOR BAHRU: Selain banjir, Chaah di Segamat juga mengalami isu tiada bekalan air bersih susulan paip utama yang hanyut dan pecah akibat arus deras.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata punca ketiadaan air, disebabkan paip utama di Jambatan Sungai Chaah yang hanyut dan pecah akibat arus deras.
"Ia sekali gus mengakibatkan gangguan kepada 3,962 akaun dari Chaah hingga ke Kampung Sungai Haji Kamisan," kata beliau dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau turun sendiri ke lokasi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Bekok Tan Chong dan Pegawai Daerah Segamat Masni Wakiman, untuk mendengar taklimat daripada Ranhill SAJ semalam mengenai isu tersebut
"Ranhill SAJ memaklumkan kerja-kerja pembaikan di tahap 40 peratus dan dijangka siap pagi ini.
"Sementara itu, lori-lori tangki air Ranhill SAJ akan menyalurkan bekalan air ke kawasan yang terjejas," kata Onn Hafiz, yang turut menzahirkan terima kasih kepada Ranhill SAJ dan semua pihak yang komited bagi memastikan bekalan air bersih akan kembali disalurkan," kata beliau.
LAPORAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI
Pada hantaran Facebook berasingan pula, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas khabar gembira daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang telah meluluskan peruntukan segera RM50 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir serta keperluan lain yang mendesak.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, kerana menggerakkan bantuan segera kepada Johor.
"Semoga usaha yang diambil kerajaan negeri dan persekutuan, dibantu agensi-agensi, syarikat-syarikat korporat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan kesejahteraan Bangsa Johor, akan diberkati Allah SWT.
"Saya mendoakan agar kita semua cekal dalam menghadapi ujian ini. Insya-Allah kita akan dapat melalui tempoh yang serba mencabar ini," kata beliau.
Johor kini mencatatkan jumlah mangsa seramai 37,322 orang setakat 8 pagi ini melibatkan sembilan daerah dengan pembukaan 238 pusat pemindahan sementara (PPS).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Onn Hafiz (kanan) turun ke lokasi untuk mendengar taklimat daripada Ranhill SAJ mengenai kerja-kerja pembaikan paip pecah di Chaah, Segamat, semalam. - Facebook Onn Hafiz Ghazi
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Bekalan air bersih: Kelantan akui berdepan kekangan, perlu kerjasama Persekutuan
Kekangan itu termasuk masalah kebergantungan kepada sumber air bawah tanah, LRA yang tidak cukup, kebocoran air dan peningkatan populasi.
Henti tuding jari, fokus selesai masalah elektrik dan air Sabah - Ewon
Semua ADUN dan Ahli Parlimen Sabah tidak kira kerajaan mahupun pembangkang diharap dapat bersatu dan bersama-sama mencari kaedah konkrit bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik dan air bersih.
Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus
Gangguan bekalan air dialami 3,962 akaun dari Chaah hingga ke Kampung Sungai Haji Kamisan.
Adaptasi teknologi IR 4.0 bantu kurangkan kos operasi rawatan air di Melaka
Sulaiman berkata pembangunan pesat telah menyebabkan permintaan air bersih semakin meningkat.
Perancis siap sedia hadapi gelombang panas keempat
Keadaan itu menyebabkan beberapa kampung terputus bekalan air bersih dan petani memberi amaran kekurangan hasil menjelang musim sejuk.
RM120 juta diperlukan untuk baik pulih sistem paip
Keadaan paip ke Pulau Redang berusia lebih 25 tahun yang uzur itu menyebabkan sering berlaku kebocoran.
Kualiti air sungai di Selangor masih selamat - MB
Hanya dua sungai di negeri berkenaan berada pada kategori sederhana iaitu Sungai Klang dan sebahagian kecil di hulu Sungai Langat.
Banjir: Penduduk Kampung Mandeling terputus bekalan air bersih, jambatan runtuh lebih seminggu
Kira-kira 19 buah rumah di Kampung Mendeling, Hulu Langat terputus bekalan air bersih, lebih seminggu yang lalu akibat banjir besar yang melanda kawasan itu, Sabtu lalu.
Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
Kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.
Gangguan bekalan air di daerah Johor Bahru mulai 30 Julai
Penyelenggaraan di LRA akan bermula pada pukul 10 pagi pada 30 Julai dan dijadualkan berakhir pukul 9.00 pagi keesokan harinya.