GADGETS
ChatGPT Agent ditawarkan untuk pengguna Plus

ChatGPT Agent kini tersedia untuk pengguna pelan Plus $20 sebulan, selepas sebelum ini hanya ditawarkan kepada pelan Pro $200 sebulan. -Amanz
CHATGPT sebelum ini telah memperkenalkan ChatGPT Agent, iaitu sokongan agen dikuasakan kecerdasan buatan yang boleh melaksanakan sejumlah tugasan, termasuk membuka pelayar web untuk melakukan carian, kajian, tempahan dan sebagainya.
Ringkasan AI
- ChatGPT Agent kini tersedia untuk pengguna pelan Plus $20 sebulan, selepas sebelum ini hanya ditawarkan kepada pelan Pro $200 sebulan.
- Ia mampu melaksanakan pelbagai tugasan seperti melayari web, menganalisis data, menjana dokumen, menjalankan kod, serta melakukan pembelian dan permohonan kerja melalui pelayar web dalaman.
- Ciri ini membolehkan AI melakukan pelbagai tugasan dengan paparan proses berperingkat, dan hasil akhir akan dipersembahkan selepas beberapa minit bergantung kepada kerumitan tugasan.
Ia turut hadir dengan sokongan tetingkap pelayaran tersendiri untuk melakukan tugasan, serta memperlihatkan pelbagai proses yang sedang dilakukan secara berperingkat.
Ciri ini disasarkan untuk membolehkan kecerdasan buatan melakukan multi-tugasan dan paparkan kepada anda dalam bentuk akhir apabila ia selesai.
Kebiasaannya, ia akan mengambil masa beberapa minit, berasaskan kepada kesukaran sesuatu tugasan.
Pengguna turut boleh log masuk melalui pelayar web dalaman bagi membolehkan ia melaksanakan tugasan tambahan – seperti membeli untuk anda, memohon pekerjaan untuk anda, dan sebagainya.
Bagi anda yang menggunakan ChatGPT Plus, boleh mencuba ciri ini hari ini, dan gunakannya bukan sahaja untuk tujuan menganalisis, tetapi juga boleh digunakan dalam melakukan permohonan pekerjaan, membuat perbandingan harga, dan meminta ia menguruskan pembelian. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami