awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan keluar kenyataan fitnah

Bernama
Bernama
18/10/2024
06:15 MYT
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan keluar kenyataan fitnah
Pada 11 Julai lepas, Badrul Hisham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Badrul Hisham, 45, memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah berkata pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pihak peguam dan perkara itu disahkan oleh Muhammad Rafique.
Mahkamah kemudian menetapkan 6 Jan depan untuk sebutan kes. Sebelum ini, mahkamah menetapkan 26 dan 27 Nov ini untuk perbicaraan kes berkenaan.
Pada 11 Julai lepas, Badrul Hisham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Badrul Hisham didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang 22 Jan lepas mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chegubard
#Yang di-Pertuan Agong
#kes mahkamah
#kes fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan