ALOR SETAR: Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mahu pasukan bimbingannya melakukan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan yang dianggap semakin mencabar.
Beliau berkata, hal ini kerana pertandingan di peringkat Asia itu kini dilihat sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.
"Peringkat Asia kita kena betul-betul bersedialah ... kita tak boleh ambil mudah, kalau kita lihat tahap Asia sekarang dah berubah dan banyak kelab dan pasukan sedang meningkat naik.
"Apa yang penting kita masih ada masa lagi untuk membuat persediaan dan pemain sendiri berpeluang tingkatkan kemahiran mereka. Saya harap semua lebih bersedia (kerana) kita tak mahu bermain di peringkat Asia kita dibelasah oleh pasukan lawan," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.
Pada perlawanan itu, Selangor menewaskan Kedah 1-0, sekali gus muncul sebagai naib juara Liga Super dan menempah tiket ke saingan Liga AFC musim depan.
Beliau berkata, kejayaan membawa Selangor ke Piala AFC disifatkan antara kenangan manis buat dirinya kerana belum pernah membawa mana-mana pasukan sampai ke tahap itu sebelum ini.
Sementara itu, mengulas perlawanan menentang KDA FC, Cheng Hoe berkata, kemasukan Branden Gan pada babak kedua perlawanan memberi "tonik" kepada persembahan The Red Giants yang akhirnya berjaya mendapat gol yang dicari menerusi pemain Ayron Del Valle Rodriguez pada minit ke-64.
"Beliau (Branden Gan) pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi dan kemasukan beliau memberi tenaga baharu untuk pasukan kerana pada separuh masa pertama kita gagal menguasai perlawanan dan juga kekuatan bahagian pertahanan kita agak kurang," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih KDA FC, Mohd Nafuzi Zain berkata, walaupun pasukan tewas, beliau tetap berbangga dengan kesungguhan dipamerkan kesemua pemain yang berjaya menghalang Selangor daripada mendapatkan lebih banyak jaringan.
"Kita banyak peluang menjaringkan gol tapi akhirnya Selangor dapat gol ... komitmen dan prestasi (pasukan) saya sangat puas hati," katanya yang kini mahu menumpukan perlawanan menentang Sabah FC pada 17 Dis ini bagi menentukan kedudukan tempat ketiga Liga Super. - BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mahu pasukan bimbingannya melakukan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan yang dianggap semakin mencabar. - Gambar fail Bernama
Semikonduktor: Kenapa ia menguntungkan Malaysia?
Financial Times yang berpangkalan di United Kingdom melaporkan berpuluh-puluh syarikat telah menubuhkan operasi di Malaysia.
Chef Wan mohon maaf, komen gaun Aishwarya Rai hanya gurau
Chef Wan membuat permohonan maaf susulan komen beliau terhadap gaun yang dikenakan bintang tersohor, Aishwarya Rai pada Festival Filem Cannes.
Norway, Sepanyol secara rasmi iktiraf kenegaraan Palestin
Norway dan Sepanyol pada Selasa mengumumkan pengiktirafan rasmi mereka terhadap Negara Palestin manakala Ireland dijadualkan menyusul langkah kedua-dua negara itu.
AWANI Borneo [28/05/2024] - Industri semikonduktor | Bernilai RM2.7 juta | Elak pokok tumbang
Awani Borneo Selasa, 28 Mei 2024 bersama Syaff Shukri;
1. Industri Semikonduktor: 3 fasa strategi NSS, tarik pelaburan
2. Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup ayam sejuk beku
3. DBKK ambil perhatian serius pengurusan pokok matang
1. Industri Semikonduktor: 3 fasa strategi NSS, tarik pelaburan
2. Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup ayam sejuk beku
3. DBKK ambil perhatian serius pengurusan pokok matang
Serangan Israel: Hampir sejuta orang larikan diri dari Rafah sejak 3 minggu lalu
UNRWA berkata penduduk beramai-ramai meninggalkan Rafah walaupun "tiada tempat yang selamat untuk pergi dan di tengah-tengah pengeboman, kekurangan makanan dan air".
Kerajaan bersikap proaktif untuk jadikan Pusat Bandar Kuala Lumpur destinasi kreatif bertaraf dunia- Zaliha
Program Geran Kreatif KL yang dilancarkan itu merupakan antara inisiatif penting di bawah kelolaan Think City dan sebanyak RM20 juta telah diperuntukan untuk inisiatif ini dalam Belanjawan 2024.
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup ayam sejuk beku
Cubaan menyeludup 9 kontena berisi daging ayam sejuk beku ke Sabah gagal apabila aktiviti itu dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah pada 7 Mei di Pelabuhan Teluk Sepanggar.
Pengasah disaran eksport bekalan ikan kecil ke Semenanjung
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menyarankan inisiatif agar Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) mengeksport bekalan ikan daripada negeri tersebut ke semenanjung bagi meningkatkan pendapatan nelayan di zon A sekaligus menstabilkan bekalan ikan di Semenanjung.
21 penghuni di Desaras Tudan diarah pindah
Seramai 21 penghuni sebuah rumah di Desaras Tudan, Miri terselamat, setelah sebahagian daripada rumah mereka runtuh pada awal pagi Selasa.
DBKK ambil perhatian serius pengurusan pokok matang
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengambil tindakan serius dalam meningkatkan tahap dan kualiti pengurusan pokok-pokok matang di sekitar bandaraya itu.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0
Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super.
Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid
Polis mengesahkan sebuah video tular di platform X yang didakwa memaparkan kejadian pemain kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan.
Suspek pecah rumah Khuzaimi guna MPV putih - Polis
Polis sahkan menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah kediaman Pemain Pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee pada Rabu.
Terkini: Rumah pemain Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk
Antara barangan yang turut hilang adalah sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.