RUMAH pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee, dipecah masuk ketika dia keluar untuk sesi latihannya di Pusat Latihan Selangor, semalam.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, antara barangan yang turut hilang adalah sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.

Dia membuat laporan kepada pihak polis pada jam 11:30 malam selepas pulang daripada sesi latihannya.

Memetik laporannya: "Pada 22/05/2022 jam lebih kurang 2 petang saya meninggalkan rumah untuk pergi ke tempat latihan bola sepak Selangor.

"Pada jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka.

"Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dapati ada barang-barang yang telah hilang seperti sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

"Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti, tujuan saya membuat laporan adalah untuk tindakan lanjut daripada pihak polis serta pihak yang berkenaan."